Kebelakangan ini dilihat senyap jer bajau sorang ni..! kemana perginya..! kalau lebihkan kerja dan kurangkan bercakap bagus ler..!
Ramai pihak tahu bahawa Shafie memang jenis buat kerja tanpa publisiti..! Tak heran dia boleh menang bergaya dalam pemilihan UMNO yang lalu..!
Lagi satu Shafie juga turut mencium bau bahawa rakyat hari ini mahu pemimpin yang lebih berkerja dan kurang bercakap..! Memang itu pun yang Menteri dan pemimpin UMNO perlu lakukan..!
Banyak juga sok sek sok sek yang berlegar sekarang ni..! Itu belum sampai masanya untuk kita huraikan..! yang nak diceritakan disini ialah...!
BUKIT MERTAJAM: Dua naib presiden Umno ditugaskan untuk membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam persediaan bagi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin.
Timbalan Presiden Umno berkata, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, akan membantu dalam PRK Permatang Pauh manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin di Rompin.
"Kita bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya kecil ini.
"Kita tahu kita (Umno) merupakan 'underdog' di Permatang Pauh tetapi tiada yang mustahil dalam politik," katanya selepas mengadakan mesyuarat tertutup bersama para pemimpin Umno Permatang Pauh di pejabat parti itu di Jalan Tanah Liat di sini, Ahad.
Tambah Muhyiddin, pemimpin tertinggi menerima beberapa cadangan mengenai calon untuk PRK Permatang Pauh dan akan menamakan calon tidak lama lagi.
Tentunya Shafie yang berstatus Naib Presiden mempunyai tugas yang sama penting seperti mana 2 lagi Naib Presiden di atas tu..! Macam yang biasa Shafie lakukan ler..!
Tak gitu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
p/s.. berita menyebut -
sumber.bharian.com.
p/s.. berita menyebut -
Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan membantu dalam tugas-tugas khas dan pelarasan sepanjang tempoh berkempen. "Pengalaman luas mereka ini akan dapat membantu saya dalam melaksanakan gerak kerja dan jentera kempen di dua PRK kali ini.
sumber.bharian.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan