Jumaat, 17 April 2015

Akhirnya Siapa Yang Bodoh..!


Setelah buat kerja bodoh terus terbang ke Jepun ikut rombongan Menteri..!

Nampak tak Mad Lebai Sudin kat gambar atas tu bersama rombongan Menteri bergambar dengan wakil pelajar Malaysia selepas makan malam di Jepun.

Untung Mad..! Tapi tak mesti menguntungkan parti..!

UMNO ni parti keramat..! parti yang memerdekakan sebuah bangsa dan negara..! Ada caranya yang tersendiri dalam menyelesaikan sebarang kemelut..!

Mad orang lama dalam politik..! tapi lama berpolitik tidak bermakna tindakan Mad itu tepat dan cerdik..!

Rupanya kebodohan tidak terhenti disitu sahaja apabila Mad Lebai begitu lajak dari laju memberi kata dua kepada Mukhriz...!

Semalam ada pertemuan dikalangan Ketua sayap Badan Perhubungan UMNO Kedah dengan Mukhriz yang membuahkan sesuatu seperti berikut...



Sayap UMNO Kedah
Sayap Umno Kedah, Desak Mukhriz Jangan Keluar Kenyataan Sokong Najib


Alor Setar – Kepimpinan Sayap Umno Negeri mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung konflik yang melanda antara Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir.

Ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata tiada keperluan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung konflik tersebut kerana ingin menjaga keharmonian politik di peringkat negeri.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri Umno Kedah, Datin Norashimah Md Nowar ketika dihubungi SuaraTV, satu perjumpaan tertutup telah diadakan bersama Mukhriz petang tadi.

“Semua pemimpin sayap telah mengadakan perjumpaan bersama YAB Menteri Besar sebentar tadi dan kami telah menyuarakan hasrat yang meminta agar Datuk Seri Muhkriz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kami turut tegaskan bahawa kepimpinan sayap di peringkat bahagian menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan di masa yang sama kami menghormati Tun Mahathir” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut perjumpaan bersama Mukhriz itu telah diadakan di pejabat perhubung Umno negeri pada pukul 3.30 petang.

“Dalam perjumpaan tersebut, MB berkata akan menilai permintaan yang dikemukakan oleh kami dan akan berbincang dengan kepimpinan yang lain.

“Datuk Seri Mukhriz juga tidak memberikan sebarang kata putus sama ada ingin meneruskan atau membatalkan kenyataan yang akan dikeluarkan pada 24 April ini” katanya lagi.

Norashimah turut menafikan wujud sebarang pergolakkan di peringkat negeri seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin sebelum ini berkata Umno Kedah mungkin berpecah sekiranya Mukhriz terus mengambil sikap berdiam diri dalam isu serangan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Menurutnya sekiranya keadaan ini berterusan, kepimpinan Umno peringkat bahagian, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Kedah, mungkin akan mengadakan satu perjumpaan khas tanpa Mukhriz bagi membincangkan sokongan mereka kepada Najib.

Mukhriz dilaporkan akan bermesyuarat pada 24 April ini untuk mencapai kata putus berhubung isu terbabit.

“Kami bersetuju sesama kami, jangan ada apa-apa kenyataan (sebelum 24 April). Kami hendak satu kenyataan bersifat konsensus dalam kalangan semua anggota Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.

“Nampaknya Ahmad agak ghairah sangat, dia keluarkan kenyataan sebelum kami keluarkan kenyataan rasmi,” ujarnya sebelum ini” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang memintanya supaya meletak jawatan.

Kan dah jadi makin terbelit..! Usaha mengampu Mad lebai akhirnya makin menyusahkan Najib..! Ada kesan dari setiap tindakan..! Najib pun tak mahu pengampu sebegini..! Menyusahkan..!

Dalam masa yang sama desakan bodoh Mad pun dah dijawab oleh Mukhriz...

JITRA: Tiada alasan kukuh untuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata kedudukannya merupakan amanah yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rasa tiada sebab untuk saya melepaskan jawatan ini.

"Tidak ada masalah besar yang memerlukan saya untuk berbuat demikian," katanya dalam satu program pertanian di Kerpan dekat sini.
Mukhriz mengulas khabar angin yang tersebar di Internet kononnya beliau akan meletak jawatan pada 24 April ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah didesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin untuk meletak jawatan sekiranya enggan menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib.
Beliau kemudiannya berkata Umno Kedah akan menyatakan pendiriannya terhadap kepimpinan Najib pada 24 April di Kuala Lumpur.
Najib diserang secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bapa Mukhriz.
Sebenarnya isu ini tidak melibatkan Ketua Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Ketua sayap..! tapi apabila tindakan bodoh yang dibuat oleh Mad Lebai yang pernah digantung sebagai ahli parti kerana sabotaj parti didalam pilihanraya telah menyebabkan isu ini membarah ke peringkat negeri, sayap dan bahagian..!
Tindakan bangang Mad ni telah memaksa kepimpinan dibawah memihak..! Tak ke bodoh namanya ni..! Ini ke namanya membantu Najib?
Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Syabas Tun Mahathir Mohamed
    Pada usia dh dekat dengan kubur..
    ko berjaya pecah belahkan org Melayu dalam UMNO

    Takde ribut takde perperangan ko lancarkan peperangan sesama sendiri dalam parti sendiri.. betapa gembiranya musuh2 di luar sana

    Yang belum tentu menang sudah jadi arang, yang kalah seperti Najib sudah jadi abu..

    Tak semena2 MB Kedah juga terlibat, Kedah yang aman damai dan taat pada pemimpin berpecah ketaatan dan akhirnya di ambang percakaran. Melemahkan Melayu yang sedia lemah

    Aku langsung tidak akan hormat kau lagi wahai Tun Mahathir..

    Apalah sangat jasa 23 tahun dulu tapi di ketikan ini menjadi perosak.

    Menjadi munafik seperti Abdullah bin Ubai.

    Kau tak serang musuh bersungguh2 tetapi kau serang pemimpin yang sah dilantik oleh rakyat..

    Syabas Tun, ko berjaya lemahkan UMNO dari dalam.

    Apa sebenarnya yang kau kehendaki aku sebagai rakyat pun tak faham.. dari Almarhum Tunku Abdul Rahman sehingga Tun Abdullah Badawi, semuanya menjadi musuh kau..

    Bukan Lim Kit Siang atau Lim Guan Enag atau Mahfuz Omar yang kau jadikan musuh atau berperangan sebaliknya dengan KJ, dengan Najib... dengan org2 Melayu dalam UMNO yang kau tidak suka..

    Apalah nasib aku sebagai rakyat dan bangsa Melayu menjadi mangsa kerakusan orang seperti kau wahai Tun Mahathir..

    Kedah Darul Aman negeri yang tenang dan aman, kau goncangkan bersama dengan dendam dan kerakusan kau, belum puas agaknya 23 tahun + 10 tahun kau mengatur politik UMNO dan Malaysia.. kau masih bernafsu besar..

    Kau tidak boleh terima perbezaan zaman dan kaedah, sebab kau rasakan kau lah pemimpin paling hebat.. itulah tipu daya syaitan pada kau yang membisik sekian lama..


    Aku kecewa dengan kau wahai Tun Mahathir Mohamed.. No more proud of you..

    -SAHOCA-rian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wrong Si AntiMahaZalim. Yang merosakkan UMNO bukan Dr. M tetapi Najib sebab masih merasakan sokongan yang diterima BN masih kuat.

      Padam
    2. kah,,kah gerun dengan Najib puak2 ni.
      dulu gerun dengan Pak Lah..
      semua org dituduh perosak UMNO.. tp yang menyebabkan UMNO diharamkan Najib atau Tun Mahazalim?

      lu pikirlah pakai akal..bukan lutut bro..
      next.. siapa lg mangsa Tun Mahazalim.. dare enough to be PM under telunjuk kaki Tun..

      So no to Mukhriz.. lembab dan tidak cerdik.

      Padam
    3. Hang shoooor sendiri kut !

      Padam
    4. cuba semak tengok kumpulan mana yang bawa UMNO ke mahkamah. Jangan main hentam keromo saja kalau tak tahu. Sekarang kita boleh lihat siapa yang pakai kepala lutut.

      Padam
    5. Najib is not a strategist and so are his so called punaisihat. And they claim to be the think tank. Muntah ke darah gaji mahal tapi tak buat kerja. Kat akhirat nak kena jawab tu.

      Kalau ada issue concerning the nation that Najib has to answer immediately, these idiots have to look and prepare the answer. Delaying tactics in answering an issue esp. in politics can be suicidal. And that's what the opposition wants from the ruling govt.

      So don't blame the masses when they want the answers.

      Padam
  2. Adakah mungkin kenyataan Mad diarahkan oleh seseorang sebelum diupah bawa melancong.

    BalasPadam
  3. Aku bukan sekarang je menyampah pada TM dulu-dulu pun dah menyampah.Masa dia berkuasa dia bela kroni je utuk jadi kayaraya,Dia lah punca kos sara hidup naik melambung sekarang ni,Buat Proton kos keret naik puluhan ribu,buat jalan raya bayaran tol naik sentisa ,duit masuk poket kroni,Bagi IPP pada kroni,subsidi disel dapat untung besar pun dapat.Tubuh Perwaja,tak untung-sampai kehari ini,puluhan billion wang rakyat lesap.Bagi Mas pada kroni,bila timbul masalah,kerajaan beli balik pada harga RM5 sesaham,sekarang satu sen pun tak ada harga lagi.Masa dia B negara buat forex trading berpuluh billion rugi.Kalau ikut satu buku yg di tulis berkaitan dgn dia,dia dah hanyutkan RM100 billion wang rakyat selama dia berkuasa,kalau buku tu fitnah,sampai hari ni pun dia tak saman-saman pun pengarang buku tu.Dia sibuk pasal orang lain tapi dia sendiri tak pernah jawab soalan rakyat pada dia mengenai prekara tersebut.

    Masa dia juga para ulamak menjauhkan diri dari Umno,sebab mulut dia celupar semua orang tak betul,selalu bergaduh pasal hadith,ada je yg tak kena pada dia.Dia dgn Kassim Ahmad 2X5.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa TDM ada KLCC.Twin towers, KLIA, Putrajaya, LRT, Jambatan Penang, longest, tallest, biggest, widest dan yg terbaik, Malaysia Boleh!!
      Masa PM Kangkong, kangkong naik harga, 1MDB, GST, BR1M, Altantunya dan Rosmah Mansor!! Lu pikir la sendiri!!

      Padam
  4. hahaha..yang bawa umno haram geng bulah yang skang sokong ajib..
    ajib syok sendiri sampai kena tipu idup idup dek cino..orang kg sumo dah taw..
    ku li sampai skang masih gigit jari...ahaks..

    BalasPadam
  5. Tanpa nama 11.00 petang...tak baik tuduh cmtu...takut xdan minta maaf

    BalasPadam