Ahad, 12 April 2015

Calon BN PRK Permatang Pauh Sudah Di Namakan..!


Sok sek sok sek pun kuat mengatakan bahawa Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Dato Zaidi atau lebih mesra dikenali dengan panggilan cikgu Zaidi akan diturunkan sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini..!

Walaupun kepimpinan bahagian menghantar 2 nama untuk dicalonkan oleh pucuk pimpinan namun nama cikgu Zaidi lebih kuat dan melekat meniti dibibir rakyat dan pengundi..! Ini mungkin kerana sikap beliau yang rajin menyelesaikan masaalah setempat disamping mudah didekati oleh seluruh lapisan masyarakat.

Terbaru dalam kejadian ribut yang menimpa sebuah rumah...dilihat cikgu Zaidi berserta kepimpinan UMNO bahagian segera bertemu dengan mangsa dan menyelesaikan masaalah yang mereka hadapi..!






Ketokohan cikgu Zaidi begitu disenangi oleh warga Permatang Pauh..! 

Jijah kipas dan sekutunya juga berkerut apabila disuakan nama cikgu Zaidi sebagai bakal calon BN dalam PRK Permatang Pauh kali ini..! Ini kerana seluruh jentera parti didalam UMNO dan Barisan Nasional Parlimen Permatang Pauh bersatu dan berikrar untuk mempastikan PRK kali ini akan menjadi titik tolak perubahan yang mereka dambakan selama ini..!

Mereka akan pastikan BN menang walau satu undi..! itu tekad padu, jitu dan bulat dari semua barisan  kepimpinan bahagian UMNO dan komponen di dalam BN..! Bagi mereka cikgu Zaidi adalah calon yang sesuai dan layak untuk dipertaruhkan bagi memenangi kerusi tersebut..!

Kepimpinan pusat tunggu apa lagi..! umum ajer ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Kalu penyamun ni jadi calon..alamat hilang deposit la umno permatang pauh..muka pun dh mcm penyangak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia menyamun siapa? Biasalah, dah goyang puak PR ni.

      Walaupun saya menyokong calon UMNO di PRK Permatang Pauh dan Rompin, tetapi saya menolak kepimpinan Najib yang sangat buruk dan teruk.

      Marilah kita sama-sama tumbangkan Najib dalam pemilihan UMNO 2016 nanti untuk pemulihan UMNO dalam menghadapi PRU 14 yang berkemungkinan besar akan berlaku pada 2018 nanti.

      Padam
    2. Tanpa Nama12 April 2015 2:27 PTG

      PAKATAN SEDIKIT pun TIDAK goyang. Goyang kalau Mohd Saiful Baukari bertanding.

      Apa mau buat pertaruahan?. apa sahaja. sila hadir di Pusat kiraan Undi pada 7 Mei 2015. selepas keputusan PRK Ptg Pauh. Tunggu betulx pintu masuk dewan.

      AKU pengundi PRK Ptg Pauh. tolak kepimpinan umno dan balaci umno Buntut Nasional (BN).

      Padam
  2. calon BN akan kalah ...itu sudah pasti...rakyat dah bosan dgn kos sara hidup malambong di bawah kerajaan bodoh BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos sara pun tinggi juga di penang dan selangor . Apa kejadah kerajaan penang dan selanhor buat? Mari kita ubah.......

      Padam
    2. Barisan Nasional adalah parti politik yang terbaik di Malaysia. Masalahnya sekarang ini, isu Najib telah menjadi liabiliti yang sangat teruk dan buruk kepada Barisan Nasional.

      Oleh itu, kepada Najib, ubahlah cara pentadbiran yang merapu dan caca marba hingga mendatangkan kemarahan kepada rakyat kepada pentadbiran yang berkualiti yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

      Tapi kalau Najib tak mampu nak mengubah cara pentadbirannya yang merapu itu kerana lebih seronok untuk syok sendiri, lebih baik Najib letak jawatan sebelum malapetaka yang dahsyat menimpa UMNO disebabkan Najib dan kuncu-kuncunya yang bebeberapa orang itu.


      Kepada puak PR, di Penang tarif air dah naik, tempat letak kereta pun dah naik kadar bayarannya, malahan peniaga-peniaga Melayu makin terhimpit, walaupun sebelum PR memerintah Penang kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Penang sebelum ini Ketua Menterinya juga Cina iaitu Koh Tsu Koon, tapi kedudukan orang Melayu dan kaum-kaum lain sama-sama terbela, tapi sejak PR memerintah Penang, mereka dah menindas orang-orang Melayu, pecacai DAP dalam PAS dan PKR pun hanya boleh melihat bangsa sendiri ditindas tanpa ada usaha untuk menyelamatkan bangsa sendiri kerana lebih sibuk nak menyelamatkan jawatan dan temolok sendiri.

      PRK Permatang Pauh, Jom Ubah, Ini Kalilah, Kita Undi Barisan Nasional.

      Kepada Najib dan kuncu-kuncu, jangan perasan ye, saya sokong Barisan Nasional sahaja, saya tak sokong Najib dan kuncu-kuncunya pun.

      Padam
  3. selagi ah jib gor jadi pm dan presiden umno.. bn is considered irrelevant. so.. jgn mengharap sangat la nak menang di permatang pauh ni.

    BalasPadam