Masa diumumkan calon PRK Rompin, maka timbul pelbagai kata kata sinis yang cuba mengaitkan calon tersebut sebagai calon surat khabar lama..! retorik transformasi..! pemuda diketepikan dan pelbagai lagi sindiran atas ketidakpuasan hati golongan muda atas keputusan tersebut..!
Namun selepas diumumkan calon muda di PRK Permatang Pauh...jelas suara suara sumbang yang hangat dan cepat kedengaran sebelumnya begitu lambat untuk berterima kasih dan memberi respond..! kenapa? reti la berterima kasih dan buktikan bahawa golongan muda memang perlu dan diperlukan dalam mendominasi arah tuju politik tanahair..! Buat kerja..!
Rupanya yang menjadi isu ialah berita yang mengatakan bahawa ada sekelompok pemuda yang didakwa cuba menjatuhkan Najib..! tak tahu nak ketawa atau menangis..! Pemuda mana yang hebat sangat tu?
Pemuda hari ini bukannya pemuda zaman Jaafar Albar..! Dato Harun..! Zaman pemuda Hussien Onn..! Apa yang nak diharap dengan pemuda berzumba zumba hari ini..! Seorang EXCO pemuda yang juga KP Bahagian di WP pun masih sebok dengan kereta ferrari nya pada malam sebelum penamaan calon PRK Rompin di Damas KL malam itu hari..! Nak berjuang apa..! Bab ni kita bongkar lain kali..!
Apa yang sebok dengan hal yang berlaku antara Tun M dengan Najib hari ini..! pergi tolong Wanita UMNO buat kerja menarik pengundi lagi baik..!
Tak pun pergi la melalak depan kedutaan Indonesia dengan mendesak majalah Tempo untuk menarik balik artikel mereka..!
Atau minta Wisma Putra memanggil balik Duta Malaysia di Indonesia agar diberikan kursus bagaimana menjawab isu isu besar yang menyentuh integriti dan kedaulatan negara serta pemimpin..! Jangan ikut buih mulut jer nak bercakap..! Duta mewakili negara..! bukan dalam majlis parti PKR lalu melompat keluar..!
Itu pun kalau Pemuda reti dan faham ler..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Where is khairy?
BalasPadam1. Why is he so quiet after allegations against him on his order to bring najib down?
2. Why is he resting back after TDM's latest entry in his blog?
3. Is khairy being fed with the "truth nothing but the truth" information?