Buat ler kerja sebagai wakil rakyat yang membela rakyat..! Sepanggar maju kerana mendapat limpahan pembangunan yang pesat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu..! Secara tak langsung perjuangan membangunkan prasarana di dalam kawasan pilihanraya telah dibantu oleh pihak kerajaan. Bukan kah itu sudah memberi kelebihan kepada Jumat selaku wakil rakyat untuk memberi tumpuan kepada pembangunan insan setiap pengundi?
Tapi banyak masa yang dimiliki oleh Jumat jelas bukan di habiskan keatas perkara pokok yang disebutkan di atas..! Jumat bukan menjadi penenang dan penyelesai masaalah pengundi TAPI sebaliknya..!
Bila terjadi hal seperti ini tentu Jumat bermasaalah tapi para pengundi yang memerlukan bantuan dan pembelaan lebih lebih lagi bermasaalah..!
Akal ada ker..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris digantung sebagai ketua Umno bahagian itu kerana didakwa menjejaskan imej parti tersebut.
Pergantungan itu dilapor telah diputuskan sejak dua minggu lalu oleh Lembaga Disiplin Umno.
Difahamkan, bagaimanapun Jumat diberi peluang untuk membuat rayuan berhubung tindakannya yang lantang mengkritik pimpinan Umno negeri tersebut.
Setiausaha Kerja Umno Sabah, Kadzim Yahya ketika dihubungi mengesahkan bahawa Perhubungan Umno Sabah belum menerima sebarang notis mengenai pergantungan itu dari ibu pejabat.
Pada Januari lalu, Setiausaha Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin bersama Naib Ketua Pemuda, Shahelmy Yahya dan Ketua Puteri, Normalah Sidek menggesa Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap Jumat kerana menjejaskan imej parti.
Jumat dilapor telah mengkritik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman secara terbuka di laman sosial Facebooknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan