Ahad, 12 April 2015

Berlumba Lumba Hasan & Mad Maslan Menghiburkan Rakyat Jelata..!


Semalam kenyataan Mad Maslan dah jadi viral dengan meminta mahasiswa memasak sendiri di asrama...boleh baca di sini.

Rasa ketinggalan mungkin dengan sambutan negara ke atas kenyataan yang menghiburkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu kini tiba pulak Menteri KPDNKK Hasan Malek menghiburkan rakyat jelata..!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata wang yang dikutip melalui pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) tidak akan disalah guna. 

Beliau menegaskan wang tersebut akan digunakan bagi membina jalan raya, masjid, surau, kuil, sekolah, pembangunan modal insan, pendidikan dan membaik pulih infrastruktur.

"Setelah 11 hari CBP dilaksanakan, rakyat didapati dapat menerimanya tetapi dikelirukan oleh pihak tertentu terutama pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

"Memang dasar pembangkang, apa yang kerajaan buat semuanya tak kena," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Isu Semasa dan Ramah Mesra Bersama Ahli Kelab Pengguna dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sini, Sabtu.

Ditanya mengenai pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa CBP tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini, Hasan berkata ia adalah hak Dr Mahathir untuk memberikan pandangan tersebut. 

"Tun Dr Mahathir mungkin arif hal-hal luar negara tetapi perlu diingat bahawa 170 negara telah melaksanakan CBP," katanya, sambil mengingatkan peniaga agar tidak menipu rakyat untuk mendapat untung yang lebih melalui CBP.

Hasan meminta pengguna yang ditipu oleh peniaga supaya membawa kes mereka kepada Tribunal Tuntutan Pengguna, selain membuat aduan kepada pihaknya untuk membuat siasatan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis Datuk Sabry Ahmad.
Sejak bila pulak hasil negara disalah guna? kadang kadang Menteri bercakap bukan makin menghurai kekusutan tapi makin membuat isu terbelit..!
Boleh tolong diam tak sekejap..! buat kerja ajer la..! saman dan adakan serbuan ke atas peniaga yang mencekik kocek rakyat..! umum serbu sana serbu sini..! umum dan senarai kepada pengguna nama mereka sebagai peniaga, peruncit, pengeluar dan pengilang yang disenarai hitam dan di saman..!
Banyakkan kerja dan jangan bercakap..! bukan kurangkan bercakap..! sebab bila Menteri bercakap makin menyampah rakyat dibuatnya..! Jangan bagi pembangkang modal untuk menutuh kerajaan terutama dalam menghadapi PRK Rompin dan Permatang Pauh awal bulan depan..!
Berlumba betul si Mad dan Hasan nak menunjukkan lutut siapa yang berisi..! /pss..jangan sampai terlanggar lutut mereka tau..!
Lu Fikir La Sendirii!!!

7 ulasan:

  1. saya suka ni "umum dan senarai kepada pengguna nama mereka sebagai peniaga, peruncit, pengeluar dan pengilang yang disenarai hitam dan di saman"

    BalasPadam
  2. sebab nya boss kaldai2 ni adalah raja kepada segala kaldai...dan siapa yang memilih raja kaldai ini menjadi raja 'lu pikir la lsendiri '

    BalasPadam
  3. Dok buat lawak nampak! Nak buat masjid, kuil, surau. Tak payah! Sami2 dah ada GST sendiri depa dah kaya kutip pakai calit di dahi sama, yg ustad2 pula kutip pakai tin Milo. Lebih baik buat keperluan rakyat seperti highway, jalanraya dan buang semua tol2 yg ada.

    BalasPadam
  4. Takkanlah semua orang kena buat laporan. Kalau sudah semua barang naik harga, ini bukan lagi tanggungjawab pengguna. Ini bermaksud ada yg tak kena. Dulu kerajaan kata ada senarai harga pada 31 Mac, bandingkanlah dgn harga sekarang. Kalau ada yg tak munasabah, ambillah tindakan. SST telah mansuh tapi harga barangan tak turun, malah naik, dicampur GST bertambahlah tinggi. Rakyat tiada kuasa. Itulah gunanya ada pehak berkuasa, penguatkuasa & pelbagai akta. Bukan sekadar hendak menjadi badut, menghibur rakyat yg ditekan oleh kenaikan harga barang secara mendadak & menyeluruh ini.

    BalasPadam
  5. Saya tak perlu dipengaruhi pihak pembangkang utk menyedari peningkatan kos sara hidup selepas perlaksnaan GST ni hassan oii...cubalah jadi bijak awak tu menteri hassan oiii...

    BalasPadam
  6. halooooo..apa kau cakappp..tak fahammmm...

    BalasPadam
  7. kalau buat aduan pn, akan ada ke tindakan??? setakat 2 ke 3 hari je lps habuk...dua ekor nie elok join Maharaja lawak tahun 2015..

    BalasPadam