Segala galanya kehendak takdir..!
Terselamat Kerana Turun Awal
Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahussin terselamat dari nahas helikopter yang dinaikinya bersama Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain kerana turun lebih awal di Bandar Tun Razak, Muadzam Shah.
Dia bersama rombongan berkenaan meninggalkan majlis perkhawinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang diadakan di Pekan lebih awal kerana allahyarham ingin menghadiri satu lagi majlis makan malam di ibu negara.
Katanya, Ahli Parlimen Rompin itu pada awalnya ingin Jamaluddin ingin menziarah seorang kakitangannya yang baharu sahaja kematian ayah di Bandar Tun Razak tetapi ia terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca buruk.
“Berikutan keadaan itu juga kami terpaksa membatalkan hasrat untuk melawat tanah milik Allahyarham yang sebelum ini ingin diwakafkan kepada sebuah pusat tahfiz,” katanya.
Wan Kadri berkata mereka kemudian menurunkannya di Kota Bahagia berhampiran Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.
Dia menerima perkhabaran malang itu ketika dalam perjalanan ke Muadzam Shah, daripada seorang rakan yang memaklumkan helikopter yang dinaiki mangsa tidak kunjung tiba, dan dalam masa sama sebuah helikopter dilaporkan terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih petang semalam.
“Saya bukan hanya kehilangan rakan seperjuangan tetapi seorang rakan baik yang sangat pemurah dan sentiasa mengambil berat terhadap rakan-rakan,” katanya kepada Bernama.
Bernama.
Lu Fikir La Sendiri!!!
SEDIH BETUL! Semoga ALLAH SWT meletakkan roh mereka di kalangan yg. beriman.
BalasPadamPemimpin Islam/Melayu PENTING kita harus BERHATI-HATI - tolonglah JANGAN. lagi naik kapalterbang atau helikopter swasta yg. diPANDU bangsa asing dan tak dikawal amat ketat oleh MILITARI/PERISIK kita!
Yg. MENGHAIRANkan tu, kenapa keluarga juruterbang tu tak dibawa ke sini dr. US, dgn. kapalterbang MILITARI US, spt. KEBIASAAN, utk. ujian DNA utk. dibuktikan mayat juruterbang tersebut. Jadi patutnya jgn. diserahkan segera pd. Kedutaan/rejim US yg. dikuasai ZIONIS!
Juga yg. menghairankan "co-pilot"nya lansung tak dak maklumat dan gambaq pun tak daq! Nama pun mcm. bangsa asing!
Dan kenapalah Kem. Pengangkutan tu asyik nak serahkan kotak hitam kat UK - Kotak Hitam MH17 tu tu dulu, pun sampai sekrg. tak dak berita!
Ejen-ejen PENGGANAS Anti-Islam/Melayu dari Barat-NATO/Zionis-ISrael serta KULI-KULI mereka dr. si DAPBANGKAI/PKRSODOM memang mahu MENGHANCURkan Dunia Islam serta umatnya yg. kaya minyak-gas/Thorium-Uranium (utk. pembuatan senjata Nuklear)! Jgn. pikiaq ini hanya bahan khayalan - tengoklah Iraq, Syria. Mali, Yemen, Afghanistan, Palestin, Pakistan, Nigeria, Guinea dll!
Nek Tempoyak.