Sabtu, 11 April 2015

Apakah Benar Kenyataan Mad Maslan Ni..!


Apakah ianya benar..?


Bercakap ikut sedap mulut atau ikut sedap akal?

Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Mat Maslan sendiri sebenarnya tak berapa faham tentang GST, main sedap mulut terus cakap. Macamana dia nak bertanggungjawab dengan cakap dia? Orang tak akan lupa pasal ni....

    BalasPadam
  2. Masalahnya, bila peniaga yang kadar jualannya kurang RM 500 ribu pun, akan caj kos GST kepada pengguna, mereka memang tak boleh kutip GST, tapi peniaga itu bila beli dari pemborong, mereka dah kena bayar GST, maka kos GST yang mereka kena bayar untuk beli barangan itu akan dicaj kepada pengguna sebagai kos operasi.

    Pusing sana pusing sini, akhirnya semua perniagaan tak kira kecil atau besar akan kenakan GST kepada penggunaan, kalau tak kutip bagi pihak kerajaan, maka mereka akan masukkan dalam kos operasi kerana peniaga itu sendiri dah kena bayar GST kepada pemborong terlebih dahulu.

    Inilah hakikatnya, tetapi Ahmad Maslan mungkin tak perasan atau tak pernah buat kajian pasal hal ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahmad Maslan mana biasa pergi kedai runcit beli garam atau gula atau beras. Kalau pun shoping kat pasar raya, pembantu rumah saja yang mengurusnya!
      Mat ni memang mulut capoi.

      Padam
  3. Dalam PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh, macam mana mereka nak jelaskan kepada pengundi mengenai isu kos GST yang terpaksa dibayar oleh pengguna secara tidak langsung yang membeli barangan di kedai yang jualannya kurang RM 500 ribu ringgit ini?

    Perlu disedari bahawa GST ini adalah cukai berantai, kerana di peringkat pengilang dah kutip GST, di pemborong dah kena kutip GST, maka di peringkat peniaga yang jualan tahunan kurang RM 500 ribu pun akan kenakan GST sebab mereka dah kena bayar GST kepada pemborong atau pengilang terlebih dahulu masa beli stok.

    Itulah yang Tun Dr. Mahathir tegaskan bahawa kerajaan terutamanya Najib mengelakkan untuk menjawab isu yang akhirnya menjadi senjata makan tuan kepada Barisan Nasional sendiri.

    Saya tak tahulah apa nak jadi dengan kepimpinan sekarang ini, mereka buat sesuatu itu hingga mendatangkan kemarahan kepada rakyat, kesannya sokongan rakyat kepada Barisan Nasional makin menjunam.

    Sebab itulah Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa sekiranya Najib masih kemaruk nak berpaut pada jawatan Perdana Menteri dan meneruskan program-program yang mendatangkan kemarahan rakyat, maka dalam PRU 14, kemungkinan besar Barisan Nasional akan tumbang, Barisan Nasional akan jadi PEMBANGKANG, apakah ini yang dimahukan oleh para ahli parlimen, ketua-ketua parti komponen, ngo-ngo yang menyokong membuta tuli tindakan Najib yang tidak berdasarkan realiti?

    Nilailah sendiri, kerana dah terhantuk baru nak terngadah, baru nak beringat tak guna, sebab dah terhantuk dah pun.

    BalasPadam
  4. Jika cakap itu di sokong tindakan bersepadu termasuk rakyat di jadikan mata dan telinga, semua nya boleh berubah... TETAPI jika kartel barangan dan perhidmatan termasuk pengeluar masih tidak di pantau, cakap beliau memang tiada nilai nya GST nya kerana pihak kastam sendirian tidak mampu melaksanakan secara skala dan berterusan.

    BalasPadam
  5. sepatutnya orang islam tidak boleh dikenakan cukai sebab kita bayar zakat. ni zakat pun kena cukai pun kena.

    BalasPadam
  6. ko ni apa biol sangat ....kan masa nak submit borang cukai dah ada tolak zakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kalau tak mau bayar cukai, maka jangan gunakan kemudahan yang dibiaya oleh cukai seperti perkhidmatan polis, sekolah kerajaan, universiti kerajaan, jalanraya, kemudahan kesihatan dan macam-macam lagi.

      Nanti bila sakit pergi jumpa bomoh atau ke klinik swasta.

      Kalau diainaya penjahat, maka selesaikanlah sendiri.

      Rumah terbakar, pergi padam sendiri.

      Anak pula jangan hantar sekolah kerajaan, hantar sekolah swasta, dan jangan masuk ke universiti awam, masuk universiti swasta yang kena bayar berpuluh ribu ringgit setiap semester.

      Jangan gunakan jalanraya, sebab itu dibina hasil wang cukai.

      Saya walaupun menentang GST sebab cara yang dibuat tak kena, tetapi dalam isu cukai ini, kita kena fahamlah, itu adalah tanggungjaawb rakyat untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

      Sebab ada yang kata itu semua tanggungjawab kerajaan, tapi tanggungjawab kerajaan untuk siapa? Siapa yang dapat faedahnya, dan dari mana nak selesaikan tanggungjawab itu? Dari cukai.

      Oleh itu cukai yang menjadi kebiasaan dan tak bermasalah, kita sokonglah, macam cukai tanah, cukai pendapatan, cukai perniagaan, itu semua untuk pelaksanaan perkhidmatan kepada rakyat.

      Mesikpun begitu, berkenaan GST, saya sangat tidak bersetuju, bukannya apa, pelaksanaanya meragukan, macam 1MDB juga, kononnya perniagaan yang jualannya kurang RM 500 ribu tak boleh kenakan GST, tetapi mereka dapatkan stok dari pemborong, mereka kena bayar GST, maka walaupun mereka tak boleh caj GST kepada pengguna, tapi mereka perlu masukkan GST yang mereka bayar kepada pemborong itu sebagai kos operasi, pusing sana sini pun tetap sama, tetap kena bayar kos GST itu juga.

      Menteri beri jawapan samada dia tak tahu atau dia tak pernah buat kajian pasal hal ini. Sila ambil perhatian, kalau menteri pun bermasalah, susahlah.

      Padam
  7. Ahmad Maslan menteri cgpa 3.86 otak macam cgpa 0.386 ....

    BalasPadam