Cacing kepanasan..! Dulu cukup lumat pembangkang membelasah dan memfitnah white hair..! apabila CM baru naik dan tegas terhadap pembalak..! mulalah anjing peliharaan tokey tokey balak ni menyalak menurut kehendak tuan mereka..!
KUCHING – Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang memasuki hari kedua ‘panas’ apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang membahaskan Rang Undang-Undang Hutan 2015.
Rang Undang-Undang Hutan 2015 telah dibentangkan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Kesemua ADUN BN menyokong penuh pindaan kepada Ordinan Hutan Sarawak, tetapi berbeza bagi ADUN PKR dan DAP yang menyuarakan beberapa kekurangan dan kelemahan dalam ordinan itu sambil menuntut ia diperbaiki.
Malah menurut ADUN Pending, Violet Yong mahu supaya menteri yang bertanggungjawab itu, Awang Tengah yang mengetuai pasukan bertindak membanteras pembalakan haram peringkat negeri diganti dengan ADUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg atau ADUN Asajaya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, kedua-duanya wakil rakyat BN.
Berbeza dengan ADUN pembangkang, kesemua ADUN BN yang menyertai perbahasan itu memuji keberanian Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memerangi gejala pembalakan haram di negeri ini.
Mereka rata-rata menyokong denda dan hukuman penjara yang lebih berat dikenakan terhadap pencuri balak yang juga sumber ekonomi penting bagi negeri Sarawak.
Terdahulu, semasa sesi soal jawab, Awang Tengah ketika menjawab pertanyaan daripada Hazland Abang Hipni (BN-Demak Laut), berkata sebanyak 46,216 meter padu kayu balak berjaya dirampas atas kesalahan pembalakan haram sepanjang 2014.
Kepada soalan Abdul Raman Junaidi (BN-Pantai Damai), Awang Tengah berkata terdapat 136 kes pembalakan haram disiasat sepanjang tahun lalu, manakala pada tahun ini setakat 10 April sebanyak 16 kes.
Katanya, sepanjang tempoh berkenaan seramai 137 suspek ditahan untuk diambil keterangan dan daripada jumlah itu seramai 75 orang dikenakan kompaun dengan jumlah RM2.3 juta.
Awang Tengah berkata, bagi menangani masalah pembalakan haram dalam jangka panjang kerajaan telah dan akan mengambil beberapa tindakan termasuk menggalak pelesenan untuk memperoleh persijilan hutan.
Tindakan itu antara lain menguatkuasakan 100 peratus ‘enumeration and tree tagging’, meminda Ordinan Hutan dengan meningkatkan kadar denda dan hukuman penjara sebagai langkah pencegahan dan peningkatan pemeriksaan.
Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan pasukan bertindak yang terdiri daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat dan pihak pelesen dalam membanteras pembalakan haram peringkat negeri.
Dasar pembangkang bangsat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
TANGKAP sampai syarikat-sy. KORPORAT-BALAK "multinational"yg. teratas - jgn. hanya subkotraktor, pemandu lori balak dll! Sy. korporat gergasi ni juga telah MENJAHANAMkan "Baram Valley" yg. sungguh indah dan MENGUASAI perladangan kelapa sawit (maka tanah negeri selepas pembalakan terus berada dlm. CENGKAMAN-KEPARAT mereka selamanya) dan hartanah tepi laut terutamanya di Miri (terutamanya banglo-banglo besar tauek-taukeh balak ni yg. sewenangnya mendpt. tanah pantai!
BalasPadamNek Tempoyak.
PEMBETULAN:
BalasPadamTANGKAP sampai CEO-CEO syarikat-sy. KORPORAT-BALAK "multinational"yg. teratas - JANGAN hanya yg, CACING spt. subkontraktor, pemandu lori balak dll! Sy. korporat gergasi ni juga telah MENJAHANAMkan "Baram Valley" yg. sungguh indah dan MENGUASAI perladangan kelapa sawit (maka tanah negeri selepas pembalakan terus berada dlm. CENGKAMAN-KEPARAT mereka selamanya) dan hartanah tepi laut terutamanya di Miri (terutamanya banglo-banglo besar tauek-taukeh balak ni yg. sewenangnya mendpt. tanah pantai!
Nek Tempoyak.
Aku agak teruja juga dengan cara TS Adenan Satem ini. Santai tetapi berbisa. Gelak ketawa, senda gurau boleh saja.. he..he.. tapi awas, dalam mimik ada peluru yang boleh sahaja di pugal seperti penembak tepat.
BalasPadamPencuri balak ini sama saja macam pengedar dadah. Dua cara yang memusnahkan generasi dan negara secara "mass murder" senyap sambil meraih keuntungan berlipat-lipat ganda di mana kerajaan kena membayar atau tanggung hasil dari kegiatan jijik mereka. Umpama rasuah dan tidak bersolat; yang tidak di definisikan dosa besar nya berbanding dosa minum arak, makan babi dan seumpama nya yang lebih di tonjolkan. Hakikat nya kesemua nya kemungkaran yang di larang keras.
Semoga TS Adenan berjaya membangunkan dan menjaga Sarawak. Jika ini terbukti, Jawatan PM itu boleh sahaja... he..he.. (pandangan dan persepsi awam) Bukan pembalakan haram sahaja, pencerobohan "haram" lain juga semesti nya di kawal dari peringkat kesedaran dan pendisiplinan rakyat nya. Ini lah asas penting LKY serapkan dalam pentadbiran nya menjadikan Singapura itu di sanjung dunia kerana kecekapan "zalim" pemerintahan nya. Cuma dalam kategori Singapura Maju, Melayu itu di jadikan arang dan abu.... malah negara bukan Islam menganggap itu satu kejayaan termasuk Human Right Watch yang tidak berbuat apa-apa pun jika melibatkan Islam.
Semenanjung Malaysia sudah menyaksikan kemelut tidak berkesudahan sehingga waktu ini. Haram menjadi halal, berita khabar angin, persepsi jahat dan fitnah menjadi benar, kebenaran itu tidak lagi di hormati. Sensitiviti agama, kaum bukan lagi perkara asas mesti di jaga. Malah akbar-akbar perdana juga bebas menyokong kewujudan kepentingan nya dan pembiaya mereka, melangkaui kepentingan awam ! Perundangan dan Penguatkuasaan, Jawatan PM, Perlembagaan dan Demokrasi Raja Berperlembagaan semakin terhakis dan semua berkaitan nya; seperti BOLA yang boleh di sepak terajang dengan mudah sahaja memasuki gol, beri kemenangan kepada pihak lawan dan puak2 tersongsang...
Secara jelas nya maruah atau kredebiliti jangan lah di politikkan. Tidak bermaruah bererti hanya seekor anjing kurap di jalanan sahaja.