Isnin, 13 April 2015

Hasan Malek Baru Bernafsu..!


Bukan main lagi negara pung pang pung pang riuh mengenai GST...tetiba Menteri kata...!

Kerajaan sedang berusaha mencari jalan untuk menghapuskan 10 peratus cukai perkhidmatan yang masih dikenakan di beberapa premis perniagaan termasuk di hotel dan lokasi pelancongan di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, semua pihak kini dilihat berada dalam sedikit tekanan kerana berhadapan pelbagai cukai yang mungkin membebankan semua yang berkenaan.

"Saya bercadang untuk mencari jalan menghapuskan 10 peratus cukai perkhidmatan yang dikenakan di kebanyakan premis perniagaan. Saya akan panggil badan bukan kerajaan (NGO), pengusaha industri pelancongan, Kementerian Kewangan untuk mengkaji implikasinya.

"Saya lihat sekarang ada terlalu banyak cukai, saya hendak mansuhkan cukai perkhidmatan itu dan mahu peniaga, pengguna serta pekerja mendapat keuntungan daripadanya. Saya mahu situasi menang menang nanti.

"Saya sedang melihat beberapa faktor termasuk dari segi undang-undang dan reaksi semua pihak berhubung isu ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Hasan mengulas situasi terkini selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu.

Aii..! baru nak cari jalan??? baru nak panggil??? baru nak lihat faktor??? Baru bangun tidor ke Hasan Malek ni???

Selama 2 tahun ni buat apa? makmal sana sini tu buat apa? duit beratus juta tu untuk apa? lebih 170 negara yang laksana kenapa tak ikut model yang terbaik???

Buat apa sebenarnya Menteri kita ni..! Buat bodoh atau memang sedia bodoh..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan