Selasa, 21 April 2015

Shafie Juga Menuntut Penjelasan..!


Rasional..!

Isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi penjelasan secara terperinci oleh pihak yang terlibat bagi meredakan keadaan.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu, Kementerian Kewangan khususnya perlu memberi penerangan yang lebih terperinci berkenaan soalan-soalan yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Shafie, penjelasan terperinci itu sekali gus akan memberi keyakinan kepada kesemua pihak termasuk rakyat di negara ini.

Beliau juga turut menyangkal dakwaan kononnya terdapat isu peribadi antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Dr Mahathir.

“Saya pasti ia tiada kena-mengena dengan jambatan bengkok sahaja, namun terdapat banyak persoalan, penjelasan perlu dibuat.

“Ini penting untuk kita supaya penjelasan itu dapat kita terangkan. Ia akan meyakinkan bukan saja Tun Mahathir malah rakyat juga,” katanya apabila ditemui selepas merasmikan Program Jelajah Kempen Penambahan Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, secara umum orang ramai sudah ketahui bahawa Kabinet sudah memutuskan tentang penyerahan isu itu kepada badan pengauditan termasuk kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Bagaimanapun, Shafie berpendapat, sementara menunggu hasil pengauditan itu, pihak yang mempunyai maklumat boleh menjelaskan sesuatu untuk menjawab persoalan.

“Di samping itu, adalah penting kepada kita jika ada sesiapa mempunyai maklumat, khususnya Kementerian Kewangan agar dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang perkara-perkara yang dilontarkan,” kata Shafie.


Ada benarnya..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Kita bersetuju 111% dengan kehendak pemimpin atasan juga bekas pemimpin UMNO bahawa pentadbiran Najib harus menjelaskan kecelaruan mengenai berbagai isu yang dibangkitkan, pada kita 1MDB adalah identiti perniagaan , untung rugi bukan perkara baru,malah dizaman tun m pun ada psanag susut dalam beberpa pelaburan yang dibuat oleh medium berlatarbelakangkan naungan kerajaan cuma yang ingin kita lihat keihlasan dalam menjawab isu isu yang dibangkitkan , jika untung , mana bukitinya , jika rigi apa sebab nya , jangan biarkan ts audit negara pening kepala untuk mencari , contoh jika benar, duti dipindahkan ke bank singapura, tunjukkan penyata bank, jadi lebih mudah akar umbi membuat foolow up dan menerangkan kepada ahli suapay fikiran mereka tidak diracuni oleh tujahan pembangkan. kami tak terjawa dengan isu-isu seperti ini.
    Jadi ... pak najib...!!!!! tolong lah ... jawapa lah.. jangan biar audit menajwap kerana jika dijawap oleh audit.. akan timbul pula isu lain... dibeli , diberikan imbuhan.. dan macxam macam lagi.. kesian dengan tan sri auditor.

    BalasPadam