Sebelum ni kedengaran kuat mengatakan bahawa Dato Seri Shaziman Abu Mansor Ahli Parlimen Tampin yang juga bekas Menteri Kerjaraya akan mengambil tempat sebagai Pengerusi Prima. Namun disebabkan kerja melobi yang begitu kuat oleh kaki lobi termasuk lobby hotel dan lobby parlimen maka PM telah memutuskan KSN menjawat jawatan tersebut.
Mungkin Najib mahu meredakan kemaruk pelobi yang mahukan orang itu dan ini yang semuanya terarah kepada para penjilat..! Najib yang dilihat dapat menghidu lebih awal telah pun menutup lobang 'syurga' tersebut agar para pengampu tidak terus bermimpi basah disiang hari..!
Najib tahu jawatan sebagai Pengerusi Prima bakal menyebabkan pak imam pun boleh kehilangan songkok haji..! Banyak tanah..! banyak kuasa dan punca duit dari setiap inci yang berada didalam skop Prima..! cat rumah pun tak habis makan..!
Itu sebab Najib kali ini dilihat amat berhati hati..!
Sebagai bekas Menteri yang berpengalaman disamping Shaziman juga di cop sebagai pemimpin marhaien yang lantang bercakap dan menegur kepimpinan maka beliau dilihat sebagai calon yang amat wajar menduduki kerusi panas tersebut..!
Siapa yang mengenali Shaziman tahu bahawa beliau tidak perlukan publisiti untuk menegur Najib dan barisan kepimpinan. Beliau berani mengatakan kebenaran walaupun pahit dan mampu membuatkan Najib merah telinga didalam majlis tertutup. Itu cara Shaziman..! Itu sebab nama Shaziman cukup dipersetujui di kalangan para pemimpin bagi menggantikan tempat arwah JJ.
Kebetulan jawatan tersebut merupakan lantikan politik..! Maka pastinya ramai yang mendoakan agar jawatan tersebut dikembalikan kepada orang politik..!
Seperkara lagi yang hangat diperkatakan kini ialah kehilangan penasihat kanan Najib..! Shaziman juga dikatakan bakal dilantik sebagai penasihat Najib bertaraf Menteri..!
Kalau ini benar maka seharusnya Najib perlu mengusahakannya segera..! Dikalangan rakyat dan pemerhati politik perlantikan Shaziman tentu akan membuahkan hasil yang amat baik demi kepentingan rakyat dan negara..!
Bagi para punahsihat pula tentu mereka merasakan kehadiran Shaziman akan menyebabkan segala macam retorik dan fatamorgana yang cuba dinyanyikan ke telinga Najib pasti akan di saring dan diteliti supaya tiada lagi keputusan flip flop dan tidak menguntungkan rakyat dan negara..!
Pastinya dengan pengalaman yang Shaziman miliki disamping keberanian dan kebijaksanaan yang ada tentu beliau mampu menjadi pengimbang kepada kegelojohan dan kerakusan para punahsihat yang membejat dikeliling Najib selama ini..!
Apa yang rakyat mahukan ialah hasil yang menguntungkan..! bukan sahaja menguntungkan rakyat dan negara malah ianya turut menguntungkan parti dan kerajaan..!
Banyak dah kerosakan yang berlaku..! Banyak juga la kerja Shaziman nanti..!
Kita mendoakan dan kita yakin Shaziman boleh..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
kembalinya era tingkat 4, sepupu KJ ganti JJ, J = jatuh
BalasPadamskang geng budak2 penasihat world class plak
BalasPadamskang geng budak2 penasihat world class plak
BalasPadamskang geng budak2 penasihat world class plak
BalasPadamShaziman kaki kencing penipu dan rasuah. Tolak la Cari kain je
BalasPadam