Ahad, 2 Oktober 2011

Chua Buktikan Tee Keat Takde Telor!!!


















'MCA menggorak langkah! MCA bergerak jauh kedepan!!! MCA sedang cuba membuang jauh kisah kisah silam yang menghantui parti tua masyarkat cina dalam negara ni. Lupakan sengketa, rapatkan persaudaraan dan jalinkan usaha dengan bersungguh sungguh untuk kembali menjadi parti yang disokong dan didokong oleh kaum tiong hua... ' itu pandangan ramai perwakilan...

Chua dalam ucapannya tadi berkata..

"Jadi jika masyarakat Cina berhasrat untuk melepaskan marah mereka terhadap kerajaan dengan mengundi menentang BN, paling banyak kerusi yang mereka boleh menang ialah 46 kerusi.

"Dan ini hanya membuktikan satu perkara, iaitu mana-mana parti yang berasaskan masyarakat Cina jika ingin menang dan membentuk kerajan mahu tidak mahu perlu bekerjasama dengan mana-mana parti masyarakat Melayu.

"Ini membawa kita kepada satu persoalan penting yang perlu dijawab iaitu siapakah yang bakal menjadi perdana menteri.

"Sehingga ke hari ini, saya masih menanti jawapan daripada Pakatan Rakyat tetapi malangnya tidak ada jawapan yang pasti atau konkrit yang datang daripada mereka. Jadi siapakah bakal perdana menteri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?

Chua juga menambah...

MCA mencabar DAP, jika benar mereka adalah sebuah parti pelbagai kaum, sepertimana yang dilaung-laungkan, mereka sepatutnya meletakkan calon bukan Melayu di kawasan Melayu dan buktikan bahawa mereka diterima oleh semua komuniti.

"Tapi mereka tak berani...," tegas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika berucap pada Perhimpunan Agung parti itu yang berlangsung di Wisma MCA Ahad.

Sebaliknya, kata Dr Chua, dengan meletakkan calon yang mewakili masyarakat Cina menentang calon dari kalangan masyarakat Cina juga, DAP secara tidak langsung cuba mencipta satu sistem politik yang mana bukan Cina akan membentuk Kerajaan dan masyarakat Cina berakhir sebagai pembangkang.

Ini, akhirnya kata beliau akan mewujudkan sistem dua kaum dan bukannya sistem dua parti sebagaimana yang mereka inginkan.

Chua nampaknya bersungguh sungguh kali ini, tak macam tee keat yang dilihat masih menyonyot puting bernostalgia dengan hikayat lamanya... khabarnya kalau tee keat tak dikekalkan bertanding di Parlimen Pandan maka beliau akan melompat bertanding dengan memilih baju yang sedia dihulurkan kepadanya bila tiba masanya nanti...betul ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan