Sabtu, 29 Oktober 2011

Bila Kakitangan Awam Menikam Kerajaannya Sendiri...!


Dunia berubah...pemikiran pun bertukar..! dulu kalau dikata pengkhianat boleh bergaduh bermasam muka, boleh bertumbuk kaki naik kepala! hanya kerana tak mahu digelar pengkhianat! penderhaka mahu pun petualang bangsa dan negara!!!

Sekadar contoh..

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Johor Bahru masih tidak dapat beroperasi pada 31 Oktober sehingga 1 November ini berikutan kerosakan sistem bekalan elektrik utama.

LHDNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, sungguhpun begitu, kaunter masih dibuka bagi perkhidmatan yang terhad.

Menurut kenyataan itu, orang ramai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui media massa mengenai status terkini.

Buat masa ini, pelanggan yang ingin berurusan dengan LHDNM boleh berkunjung ke cawangan yang berhampiran di Muar dan Kluang.

Perkara remeh tapi boleh mengakibatkan kesan yang amat besar! macam harga tiket bola dari RM30 naik kepada RM50...kesannya besar beb!

Katalah duit RM500 yang ingin diberi kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 kebawah sedang diberi melalui kaunter kaunter LHDN seperti mana yang dijawab oleh Awang Adek di Parlimen 2 minggu lepas...agak agak ada kesan tak kepada rakyat marhaen yang sedang beratur panjang untuk mengambil cek mereka! dan kesan ini pasti akan diterima secara langsung kepada Kerajaan BN! Agak agak kakitangan awam peduli tak?

Niat baik Kerajaan BN yang mahu melihat rakyat terbanyak menerima kesan semaksima mungkin dalam pembahagian kek ekonomi negara pasti tidak dapat diterjemah dan diterima dengan baik sekiranya pelaksanaannya gagal memuaskan hati lebih lagi menyusahkan rakyat terbanyak!

Banyak dah yang kita dengar mengenai pagar makan padi, gunting dalam lipatan, api dalam sekam, musuh dalam selimut yang begitu membarah didalam sektor awam hari ini..masaalahnya apa yang sedang dan telah dilakukan oleh pihak JPA dan SPA serta pihak BTN dan apa jua agensi yang sewaktu dengannya dalam 'meneutralkan' pemikiran kakitangan awam agar memberikan hidmat yang baik kepada rakyat!

Laporan Ketua Audit Negara umpamanya jelas menampakkan budaya ketirisan yang begitu membarah selain kelemahan tindakan pihak kakitangan dalam menyelesaikan isu rakyat! Kini kita berdepan dengan musim banjir! semua orang tahu bahawa segala persiapan kearahnya telah pun dipalu! maka jangan pula kita dengar masaalah dan kekurangan serta perkara yang sama setiap masa dan ketika..!

Jika itu berlaku bermakna kita bersetuju untuk menjadi manusia yang merelakan dirinya untuk jatuh ke lobang yang sama untuk kali ke berapa entah! lebih lebih lagi memang ada di kalangan kita yang memang mengajak kita untuk terjerumus di lobang yang memang sedia menunggu kita!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan