Presiden MIC, Datuk G Palanivel, berkata parti itu tiada sebarang masalah atau halangan untuk membincangkan perkara berkenaan demi memastikan perjuangan BN mencapai kejayaan pada pilihan raya akan datang.
“MIC bersikap terbuka untuk membincangkan perkara itu... kita sudah bersedia dan tiada sebarang masalah mengenainya,” katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas, berkata memang sudah tiba masanya BN melakukan pelarasan dan penyesuaian terhadap formula pembahagian kerusi untuk meraih semula kepercayaan rakyat yang menginginkan calon berkelayakan serta berkualiti.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, menyambut baik usaha itu tetapi berpendapat akar umbi parti perlu dimaklumkan lebih awal sekiranya calon `payung terjun’ dipilih untuk bertanding pada PRU-13 bagi membolehkannya diterima oleh semua pihak.
Di SEREMBAN, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, memberi jaminan MCA bersikap terbuka untuk sebarang rundingan mengenai peruntukan kerusi di kalangan parti komponen BN dengan berpegang kepada prinsip menyokong mana-mana calon boleh menang.
Beliau berkata, MCA akan mengemukakan senarai calon parti itu dari kalangan wajah baru, pertengahan umur serta matang dengan keutamaan diberi kepada golongan muda yang berpotensi.
Gerakan? Apapun presiden dia dah kata sedia berkorban..jadi tak jadi hal la harapannya..
Suasana sekarang rasanya PM lebih yakin untuk membubarkan Parlimen, anwar aljub dan pakatan haprak pun makin rebeh..senget jer berjalan, banyak janji tak tunai, manifesto pun tak deliver!
Mungkin elok juga PM panggil PRU segera!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan