Cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.
"Apa pun hukuman harus diputuskan bersama-sama... kalau tidak akan timbul masalah. Yang saya tahu di setengah-setengah negeri, sudah ada enakmen untuk melarang orang yang bukan Islam menyebarkan agama mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri di Kampung Paya hari ini.
Beliau berkata sekiranya kesepakatan dicapai, penelitian juga harus dibuat supaya akta yang ingin diwujudkan itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan sebelum ia diteliti oleh Peguam Negara.
Akta Murtad dicadangkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harunussaini Zakaria baru-baru ini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
- Bernama
Makin demam lah nik najis bila UMNO menggorak langkah untuk mempastikan Islam dan umatnya sentiasa mendapat perlindungan dari undang undang yang ada didalam negara.
Hilanglah cengkaman anwar, nik najis, hadi awang, khalid gereja dan khalid gagap dalam melindungi puak puak jahat yang sentiasa mahu menjerumus dan menyesatkan ummah...! Lepas ni puak seperti DUMC mesti cari alasan baru bagaimana mahu menghalang akta ini dari diwujudkan...
PAS pasti bersetuju dan mengikut sahaja tuhan politik mereka DAPig untuk kebahgiaan duniawi mereka...kalau tidak mahu kemurkaan mereka..hahahaha
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan