Jumaat, 14 Oktober 2011

Kenapa Muhyiddin Mengemis...!


Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar — langkah yang pernah digunakan kira-kira tiga dekad lalu — bagi memantapkan peranan Bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu.

“Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pekeliling perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Muhyiddin mengumumkan perkara itu pada majlis sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dekat Durian Tunggal semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting memperkasakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat.

Sebenarnya tak timbul isu arahan, surat pekeliling dan pelbagai lagi cara untuk mempastikan sektor awam bukan sahaja menggunakan bahasa melayu yang merupakan bahasa kebangsaan malah seharusnya lah sektor awam menjadi pelopor utama dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan kita itu.

Kalau ada sikap sedar diri, tahu bahawa bahasa melambangkan bangsa dan bangga dengan bahasa sendiri rasanya tak timbul pun isu arahan terbaru ni... muhyiddin suruh ni sidek ksn setuju ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. sebenarnya mahyuddin tujukan arahan itu kepada najib, pm yang asyik bercakap inggeris didalam ceramahnya walaupun didalam negara ini yang dihadiri oleh rakyat malaysia. terbaru di melaka. tengok berita di tv jam 8.00 mlm tadi.

    BalasPadam