Jumaat, 28 Oktober 2011

Barang Pulak...!


Pengguna akan mempunyai lebih pilihan untuk mendapatkan barangan harian pada harga lebih rendah dengan kualiti setanding produk berjenama menerusi pelancaran produk ”Coop 1Malaysia” (Coop1M) hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) telah memperkenalkan 24 jenis produk antaranya sos cili, mee segera dan kicap yang akan dipasarkan di 500 koperasi di seluruh negara pada harga yang kompetitif iaitu antara 30 hingga 40 peratus lebih rendah daripada barangan berjenama.

"Koperasi berkenaan termasuklah Coop Mart yang terlibat dengan program Tukar, dan D”Mart, koperasi di bawah FTSB.

"Pengenalan produk Coop1M bukan untuk memberi persaingan kepada barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia tapi untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk itu dan merasmikan pusat pengedaran Koperasi Permodalan Felda Berhad di Subang Jaya di sini, hari ini.

Beliau berkata, FTSB telah melantik Kontena Nasional sebagai rakan strategik yang bertanggungjawab menguruskan pusat pengedaran, pengangkutan dan penghantaran barangan ke semua koperasi terlibat di seluruh negara. – Bernama

Makin azab lah nampaknya puak nuar dan pakatan haprak nak memenangi hati dan perasaan rakyat! Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan