Rabu, 12 Oktober 2011

Beriman Kepada DAPig...Rukun Iman hamPAS Ke 7


Satu mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat Isnin lalu, telah mempertegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang hudud bukan sebahagian daripada dasar kerajaan gabungan tersebut.

Mendedahkan perkara itu hari ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata mesyuarat tersebut telah membincangkan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Mesyuarat itu diadakan pada petang Isnin di ibupejabat DAP.

Dalam mesyuarat itu, tiga dokumen Pakatan - Dasar Kerja Bersama 2009, Buku Jingga 2010 dan kerjasama bersama 28 September - tidak memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam agenda pakatan untuk pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Guan Eng berkata, sebarang perubahan dasar hanya boleh dicapai melalui persepakatan bersama, dengan persetujuan semua ketiga-tiga parti gabungannya.

Guan Eng dipercayai mengulas spekulasi laporan mengenai mesyuarat tersebut yang muncul semalam.

Katanya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Dalam mesyuarat itu, katanya, DAP telah menegaskan pendirian konsisten parti itu yang tidak bersetuju dengan undang-undang hudud dan menjelaskan bahawa undang-undang hudud tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat itu, tambah Guan Eng, diakhiri dengan DAP dan PAS bersetuju untuk tidak bersetuju berhubung undang-undang hudud.

Bukti yang PAS bukan sahaja sujud, tunduk, takut dan menjilat DAPig malah meyakini hanya DAPig sahaja yang boleh dijadikan sandaran untuk terus menipu rakyat agar dapat mengekalkan kuasa...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen