Isnin, 24 Oktober 2011

Penyelewengan Dana Kerajaan Akan Diambil Tindakan...!


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempertimbang untuk memanggil sekurang-kurangnya tujuh kementerian dan agensi kerajaan bagi memberi penjelasan berhubung kelemahan pentadbiran kewangan masing-masing seperti yang dicadangkan Jabatan Audit Negara.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, perkara yang akan diberi perhatian ialah berhubung kelemahan berulang sistem pengurusan yang dilakukan kementerian atau agensi berkenaan.

Tujuh kementerian dan agensi yang akan dipanggil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut ialah Terminal Makan Negara (TEMAN) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KementerianPengangkutan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Perbadanan Stadium Nasional.

Selain itu Azmi berkata, secara keseluruhan prestasi pentadbiran kewangan dan pengurusan dalam kerajaan bertambah baik berbanding tahun terdahulu.

"Sebanyak 43 kementerian dan agensi termasuk di peringkat negeri mendapat penilaian empat bintang, 60 kementerian dan jabatan mendapat tiga bintang dan dua kementerian mendapat dua bintang.

"Tak ada satu pun kementerian atau jabatan yang dapat bintang merah iaitu di bawah 49 peratus," katanya.

Siasat betul betul...kalau betul ada penyelewengan tindakan perlu diambil! jangan biarkan mereka yang beraja di mata tapi bersultan dihati ini terus hidup subur dan membarah didalam pentadbiran Kerajaan dan agensi dibawahnya...!

Pentadbiran Kerajaan BN perlu tegas dan berani untuk mengambil tindakan! KSN tu ditanya apa yang dia telah, sedang dan akan buat??? buat bodoh!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan