Ahad, 16 Oktober 2011

Najib Kena Betulkan Shafie Ni..!


Cerita tak guna...tembak tak kena! semua orang tahu apa yang berlaku di Sabah...!

Namun, akhir akhir ini...shafie seperti red indian baru dapat senapang apabila terus menerus mengenepikan kepimpinan UMNO Bahagian, wakil wakil rakyat dan kerajaan Sabah dalam apa jua urusan yang melibatkan Kementerian Luar Bandar.

Dilaporkan Shafie dengan bongkak berkata bahawa beliau ialah Naib Presiden UMNO Malaysia, Menteri, Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian maka beliau berkuasa dan tidak perlu untuk meminta izin dan memberi 'salam' kepada Ketua Bahagian dan wakil rakyat apabila berkunjung dan meluluskan peruntukan dimana mana bahagian dan kawasan Pilihanraya di Sabah.

Shafie juga dilaporkan menyusun barisan bayangannya di setiap bahagian dengan memberi projek projek luar bandar, diberitakan ramai AJK bahagian yang mendapat 'nikmat' dari pertembungan ini.

Yang lebih malang apabila kerja kerja merosak imej kepimpinan sedia ada disambut oleh puak puak pembangkang terutama Yong Teck Lee yang giat melebarkan pengaruh bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Shafie yang digelar budak Najib di Sabah sebenarnya sedang menconteng arang ke muka YAB PM...semua orang tahu hubungan baik beliau bersama PM. Diberitakan bahawa dengan tiket hubungan baik inilah membuatkan Shafie tidak peduli dan besar kepala!

Seorang perwakilan dari Sabah ada menghubungi dengan menyatakan bahawa PM perlu memanggil Shafie dan menasihatkannya kalau tak boleh memanggil kedua dua pemimpin Sabah ini duduk semeja...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan