Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan bahawa individu yang menawarkan diri sebagai calon untuk mewakili parti itu nanti perlu membayar sejumlah wang tertentu.
"Saya menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang diarahkan untuk berbuat demikian melainkan mereka diberi tauliah khusus daripada Ibu Pejabat Umno atau Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) sendiri tanpa melibatkan sebarang pemberian wang daripada calon," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Selasa.
Oleh yang demikian saya menasihati semua pihak agar jangan terperangkap dan diperbodohkan oleh orang-orang terbabit lantaran mahu menjadi calon BN pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Jangan jadi lembu! Ramai dah sekarang ni yang sebok! Bukan sebok bekerja tapi sebok melobi! Siang malam syok sendiri merasa merekalah yang paling layak, paling sesuai menjadi wakil rakyat!
Akibatnya adalah yang dah menjadi lembu! Dicucuk hidung, diheret kesana sini untuk melobi dan meraga diri! Tinggal anak bini, duduk KL seminggu 7 hari, ketagih nak jadi VIP!
Ada sesetengah tu merasa diri layak hanya kerana dia pemuda zaman Najib! Konon tergolong dalam kelab sahabat maka feel dah macam musibat, wakil rakyat yang ada mula dia tak hormat, Ketua Bahagian pulak lama dah dia khianat hanya kerana nak bergelar Yang Berhormat!
Ini macam punya orang pun ada lagi! Macam mana nak bagi jaga party! Kalau hidup hanya jaga kepentingan diri!
Lu Fikir La Sendiri!
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan