Mari kita cakap tentang aspek sekular dalam kepimpinan. Sekarang Anwar tak kagumkan saya di Selangor. Dia tak tunjuk, dia jalankan kerjanya dengan baik. Saya berkata begitu kerana dapat laporan daripada ramai orang, ahli perniagaan. Mereka mengadu dan salahkan saya.
Saya berhak untuk kritik. Saya tak ada terima maklum balas tentang prestasi dia di Selangor. Kalau anda tak boleh jadi penasihat ekonomi yang baik dan tak boleh dipercayai, bagaimana nak tadbir negara?
Bercakap tentang permata di atas crown, tentunya Selangor. Adakah banyak perubahan drastik di Selangor? Tentu tidak. Maklum balas yang kita terima jadi kayu pengukur iaitu rasuah masih berada di tahap sama, tiada pengurangan.
Rakyat masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal. Itu yang perlu kita perangi sekarang. Kita gagal di bahagian ini. Kita mengadu kepada Anwar bahawa rakyat tak gembira. Jangan harap untuk kekalkan Selangor kerana peluang untuk BN kembali lebih cerah kerana rakyat tak gembira.
Kata Anwar: “Semasa mesyuarat Khalid ego dan tak mahu dengar cakap. Tak boleh kawal dia.” Saya kata anda yang lantik dia sebagai MB (Menteri Besar) dan tak perform.
Adakah anda ada masalah dengan dia (Khalid). Masalahnya dia ego, tak dengar cakap. Apa nak buat, anda yang cipta monster itu. Apa yang kamu nak buat? Jangan mengadu tentang Khalid. Selangor tak ada sebarang prestasi. Ego, tak dengar cakap. Kami tak mahu tahu tentang itu.
Dia pula lantik diri sebagai penasihat ekonomi negeri. Apa nasihat anda (Anwar)? Sejak tiga tahun lalu anda dilantik sebagai penasihat ekonomi. Pergi luar negara lebih 60 kali dalam masa tiga tahun. Patutnya duduk mentadbir negeri, jalankan tugas parti, mentadbir Pakatan. Pakatan huru-hara. Rakyat bergaduh sesama sendiri. Apa komennya? No comment, senyap sahaja
MINGGUAN MALAYSIA.
LU FIKIR LA SENDIRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan