Ahad, 19 Februari 2012

Apabila Wahabi Asri Menyindir Diri Sendiri..!!!





Kalau dibaca kenyataan Wahabi Asri semalam dan hari ini, Wahabi ni macam menyindir diri sendiri nampaknya..Semalam si Wahabi Asri kata..


Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

“Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

“Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama,” katanya.

Soalnya pulak macam mana dengan mereka yang berlatar belakangkan agama tetapi cuba bermain politik! Menggunakan bidang dan ilmu agama yang dimiliki untuk mendapat pengiktirafan politik!!! sama jer la kan macam kenyataan si Wahabi Asri kat atas tu..!!!

Buat kenyataan politik! maknanya kenyataan berwarna warni! kejap sokong sana! kejap sokong sini! jadi ilmu agama yang dimiliki hanya terpakai tatkala merasa sokongan dan dipuji!

Kenyataan terbaru Wahabi Asri pulak dilihat cuba menghasut rakyat untuk menolak doa kepada Raja Raja dan Sultan negeri negeri! kenapa pulak tak boleh? Apakah Wahabi Asri lebih berilmu dari para ulama terdahulu yang telah pun memasukkan doa tersebut di setiap penghujung Khutbah Jumaat sejak dari dulu lagi!!!

Wahabi Asri berkata...

Jika orang seperti Hitler dan Assad mampu mendapat restu golongan agama, maka tidak pelik jika ada dalam dunia ini ada mufti atau syeikh yang sanggup memuja-memuji pemerintah atau raja atau sultan dalam khutbah Jumaat dengan perhiasaan kata yang berlebihan.

Doa bertujuan mengampu disusun khas untuk penguasa, sultan dan raja serta keturunannya sekalipun mereka itu perasuah, perembat harta rakyat, bermewahan dengan istana, kereta dan harta sedangkan rakyat bawahan menderita airmata. Doa untuk rakyat yang miskin hanya secebis.

Bukankah mendoakan orang itu perkara baik? Mendoakan Raja Raja/Sultan sebenarnya bukan sahaja mendoakan batang tubuh mereka semata mata tetapi mendoakan kesejahteraan, kesetabilan, kewujudan dan kekuasaan Institusi tersebut untuk terus kekal berkuasa memayungi Bangsa Melayu yang meletakkan Islam sebagai Agama anutannya dan Islam sebagai Agama Rasmi negaranya.

Kenapa Wahabi Asri tidak boleh menyembunyikan betapa busuk hatinya! suka menyangka buruk kepada Sultan dan Raja Raja? Menyangka buruk kepada para Ulama terdahulu! Yang lebih malang mengajak rakyat dan Umat Islam tidak menghormati Raja Raja dan Sultan Melayu yang menjadi Ketua Agama Islam dalam negara!

Kalau kita sembahyang berjemaah di negeri Perlis...jangan terkejut kalau ada imam masjid dan surau yang tidak mengepalai bacaan doa selepas sembahyang! dari sudut hukum tak salah! maka siapa yang mahu berdoa maka boleh lah berdoa sendiri!

Soalnya apakah Wahabi Asri selalu tertidur semasa Khatib berkhutbah apabila gagal mendengar akan doa yang banyak dibaca dan disebutkan didalam Khutbah untuk kita semua yang mengaminkannya? cuma tidak disebut nama kita satu satu tidak bermakna doa kita semua hanya secebis...!!!

Wahabi Asri juga dilaporkan berkata...

Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dia dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja. Sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam, demikian juga raja.

Wahabi Asri jelas seperti menyindir Dr Hassan Ali..!!! Apakah salah Hassan Ali mempertahankan Agama, Bangsa dan Negaranya? Apakah salah Hassan Ali membongkar isu murtad di Selangor? Apakah salah Hassan Ali membuka pekung PAS yang jelas memperalatkan Islam?

Atau apakah kewujudan Hassan Ali yang dilihat warak dan berpewatakkan Agama mampu menyaingi dan membayangi mereka yang berlatar belakangkan agama tetapi jauh tertinggal dibelakang didalam politik seperti Wahabi Asri???

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. bdak asri tu gagal melihat bahawa institusi raja tu ialah satu institusi yg mewakili keseluruhan institusi bagi org2 melayu yg sudah beribu2 thn survive...

    adakah kalau dibuang raja, maka hidup org melayu menjadi lebih baik??..belom tentu lagi. baru tukar pemerintah dikelantan 22thn, habis tanggal gigi org kelantan..hehe...

    bdak asri ni gagal nak blend islam dgn org melayu, dia nampak islam hanya dari satu sudut sahaja...

    pegi balik belajar lagi....

    spatial analysis
    KLIA

    BalasPadam
  2. dr. asri dah nampak umno akan goyah pru13. tetapi goyah itu tak lama bila pas pula yg goyah. ini dr. asri tak nak. aku rasa la.

    - rasmonto

    BalasPadam
  3. PUTRA MERDEKA. Nasihat saya, banyakkan membaca. jangan ikut perasaan. Mari kita kembali kepada Islam yang satu. Sesama muslim janganlah bermusuh-musuhan. Ikut pada Al Quran dan Sunnah.

    BalasPadam
  4. putra merdeka....Rasullah melarang kita mengelarkan seseorang dengan gelaran yang tidak di sukainya. Kalau dia suka tak apa seperti Abu Hurairah (bapak kucing)yanmg di gelar oleh nabi.Nabi gelar demikian kerana beliau menyukai kucing. Maka jangan kita gelar wahabi dan sebagainya kerana nabi melarangnya....

    BalasPadam
  5. putra merdeka tolonglah mengkaji dan mendalami lagi ilmu agama yang amat luas ini

    BalasPadam