Ahad, 5 Februari 2012

Benteras Haji Express..!











Pemantauan terhadap sistem pangkalan data Lembaga Tabung Haji (TH) akan dipertingkat bagi memastikan kegiatan 'haji ekspres' tidak berulang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Ini bukan soal orang yang godam (sistem pangkalan data TH), ini orang yang tahu masuk dalam sistem itu. Orang nak pergi haji dia masuk 'key-in' tarikh daftar untuk pergi haji.

"Kadang-kadang ada orang yang tahu dan faham IT dan sebagainya masuk dalam sistem itu. Nasihat kita ikut peraturan dan giliran bila pergi haji, haji mabrur itu penting," katanya di sini hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Program Cinta Masjid di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda yang dihadiri lebih 200 orang.

Media sebelum ini melaporkan sindiket diberi nama 'haji ekspres' melibatkan beberapa pegawai dan kakitangan TH dipercayai beroperasi sejak 2009 dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran menunaikan ibadat haji.

Ditanya mengenai pegawai dan kakitangan TH yang terlibat dalam sindiket itu, Jamil Khir berkata, pihak TH telah mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka. - BERNAMA

Elok lah..jangan sampai mengambil hak orang lain hanya kerana tamak dan mementingkan diri sendiri!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan