Jumaat, 17 Februari 2012

Ada EXCO & Pegawai Akan DiTAICI !!! - Azizan


Apalah agaknya yang Azizan akan jawab esok..

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew mendakwa tindakan menuding jari ke atas pembantu peribadi Exco terlibat seorang diri dalam isu berkenaan adalah satu tindakan tidak adil kerana Kerajaan Negeri dan Exco terlepas daripada tuduhan.

Sambil memuji keperibadian bersih dan prinsip yang dipegang Menteri Besar, namun agak malang Azizan tidak tahu situasi yang berlaku di bawah termasuk dalam kalangan exco serta wakil rakyat.

“Kita ada bukti, lapan persatuan iaitu Persatuan Penganut Dewa Fu De Ci dijanjikan dengan wang tunai RM3,000 tetapi hanya menerima RM2,250, Persatuan Teo Chew Kedah Tengah dijanjikan RM5,000 tetapi diberi dalam bentuk cek hanya RM4,000.

“Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Min Terk diumumkan mendapat RM7,000 tetapi hanya menerima RM6,300 dalam bentuk cek, Persatuan Penduduk Batu Dua Sungai Petani dijanji RM3,000 tetapi diberi RM2,700 secara cek,” katanya kepada media di pejabat MCA Alor Setar di sini, semalam.

Itt Chew berkata, empat persatuan lain iaitu Bomba Sukarela Semeling dijanjikan RM5,000 tetapi hanya menerima RM4,000 dalam bentuk tunai.

Begitu juga Bomba Sukarela Sungai Petani dijanji RM5,000 tetapi mendapat RM3,500 secara tunai.

"Pertubuhan Penganut Guang Yuan Gong diumum mendapat RM3,000 dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Muda Chapter RM4,000 tetapi masing-masing belum menerima peruntukan kerana menolak pemberian rebat berkenaan.

Baca seterusnya di sini

Sama sama kita tunggu apa pulak langkah taici yang akan Azizan buka..

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan