Rabu, 8 Februari 2012

PRU 13..Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata!!!

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.

Bila ketikanya PRU pasti akan muncul, yang penting jentera BN yang didokong oleh UMNO dan parti komponen yang lain mesti cukup bersedia selain rakyat terbanyak sudah cukup bersedia untuk memangkah BN!

Selain itu YAB PM juga perlu mempastikan calon yang bakal diketengahkan juga mesti lah dikalangan mereka yang dimata dan berjiwa rakyat.

Bukannya mereka yang sebok menamakan mereka 'orang Najib' hingga menimbulkan konflik di Bahagian Bahagian pilihanraya kini.

Sekiranya benar mereka memang tergolong sebagai 'winable candidate' maka tak perlu lah ditiup slogan hanya mereka 'orang Najib' kerana ianya hanya menghina dan mengecilkan wibawa seorang PM dan Presiden UMNO yang semua ahlinya ialah penyokong dan pendokong Dato Seri Najib.

Tindakan ini juga sebenarnya membuka ruang perpecahan dikalangan pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi sedangkan YAB DS Najib sendiri tidak tahu menahu dan tidak merestui tindakan mereka yang menggelar diri mereka sebagai 'orang Najib' ini.

BN mempunyai 140 kerusi Parlimen sekarang, tentunya ada muka baru yang bakal dibawa masuk, namun sekiranya penyandang jawatan yang sedia ada diterima ramai dan boleh membawa kemenangan serta sihat tubuh badan maka mengekalkan mereka adalah suatu tindakan yang bijak.

PM sendiri sudah mengungkapkannya beberapa kali bahawa umur dan penggal menjawat jawatan bukan ukuran sebagai calon dalam PRU yang akan datang..

Setidak tidaknya mereka yang ada kini telah membuktikan bahawa mereka mampu menang dalam tsunami politik yang melanda UMNO dan BN pada Mac 2008 yang lalu.

Tapi jauh dari itu, yang lebih penting lagi ialah majoriti mereka ini telah terbukti dan teruji akan ketaatan dan kesetiaan kepada parti! tetap teguh dan bekerja untuk parti walau UMNO/BN gagal mendapat majoriti 2/3 di Parlimen.

Kita tidak mahu kepimpinan dan parti menjadi lemah dengan ugutan mahu melompat, menolak jawatan Timbalan Menteri kerana kecewa tidak dilantik menjadi Menteri, kiasan duduk di dalam rumah yang sama tapi duduk di tepi bilik air malah melompat ke parti lawan dan kembali semula kepangkuan UMNO dan BN.

Kita tak mahu lagi senario ini berulang! Kita pasti tidak akan membenarkan ada yang akan mengambil kesempatan dalam kesempitan yang melanda! Kita tidak rela parti dijadikan alat untuk menggapai serakah sesetengah pemimpin! Kita tidak mahu Dato Najib dan Kerajaan diugut ugut!

Maka faktor taat dan setia perlu menjadi asas utama dalam pemilihan calon! Kita tidak sesekali mahu dan merelakan akan adanya petualang dan pengkhianat yang buta mata hati dan perut yang boleh tertawan dengan godaan wang ringgit dan jawatan yang bakal dijanjikan oleh Anwar Ibrahim bila mana kita menang tapi masih gagal mendapat majoriti 2/3 daln PRU 13 yang akan datang.

Matlamat kita satu..! KEKAL MEMERINTAH! mendapat kemenangan dalam PRU13 yang bakal berlangsung dengan majoriti 2/3 atau pun tidak..!

Anwar pastinya terdesak! Komunis DAPig tentunya mendesak! Jangan pulak kita yang tersedak sedak!!!


Lu Fikir La Sendiri!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan