Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dilantik sebagai Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.
Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Selangor, mengumumkan pelantikan itu pada satu mesyuarat tertutup BN Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis lepas.
Selangor boleh ditawan..Selangor boleh dirampas kembali! Itu kayakinan semua pihak yang pihak kami jumpa selama 2 bulan ini..Namun begitu semua pihak terutama Dato Seri Mohd Zin Mohamed yang baru dilantik sebagai koordinator BN negeri Selangor dalam menghadapi PRU13 mestilah mencapai dan menggapai semua pihak! termasuk lah para bloggers yang diluar kotak pandangan matanya !
Ada sebilangan bloggers tersohor dan berpengaruh diberitakan tidak diambil peduli oleh 'budak budak' Zin ini! mereka hanya mengecilkan kumpulan dan mengurangkan pengaruh networking yang sebenarnya besar dan memberikan kesan dalam politik negeri Selangor terutamanya..!
Nasib baik lah sebahagian besar bloggers yang rasa 'jauh hati' itu tak boikot UMNO dan BN! malah mereka tak peduli pun jika UMNO dan BN tak mahu berjumpa dan tak mahu berkawan dengan mereka...kerana apa yang kami lihat, mereka ini walau tidak digamit dan dipanggil oleh UMNO dan BN Selangor pun tetap unggul dalam melanyak dan membelasah Pakatan Haram terutama di Selangor..!
Malah mereka ini seperti GAP, MIK dan DET ( sekadar menyebut beberapa blog ) begitu terkehadapan didalam medan cyber politik negara ini membela UMNO dan BN serta tidak berhenti melondehkan pembohongan demi pembohongan pembangkang..!
Semoga DS Zin tidak lagi terlepas pandang perkara perkara yang mungkin kecil baginya tapi sebenarnya besar dan memberikan kesan...!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan