Jumaat, 10 Februari 2012

Nujum Politik Murahan..


Pilihan raya umum akan datang tidak akan menyaksikan tsunami seperti yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat bagi membawa mereka ke Putrajaya, demikian ramalan ahli sains politik, Ong Kian Ming.

Bagaimanapun, katanya, keputusan berkenaan akan menyediakan pentas bagi Pakatan mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum ke-14.

"BN tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (pada PRU13), mereka juga akan kehilangan kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak, akan menang 55 hingga 63 peratus kerusi.

"Saya jangkakan senario selepas pilihan raya di mana PM Najib Razak akan dicabar oleh TPM Muhyiddin Yassin kerana Najib tidak mampu merampas kembali Selangor atau memenangi dua pertiga majoriti di parlimen," katanya.

Ini semua kes nak cari duit..! di KL sekarang ni bukan main ramai lagi nujum, tukang telek, pereka cerita dan peramal masa depan orang politik! ada setengah tu orang Indonesia yang mengaku dari keturunan itu dan ini yang sedang bergelut meramalkan itu dan ini!

Yang lebih malang mereka ini menjadi 'laku' kerana ada sesetengah orang politik yang begitu gelojoh dan terdesak untuk menjadi calon! nak jadi wakil rakyat! maka percaya dengan segala kata kata pendusta ini! yang menipu dapat duit! yang kena tipu menabur duit kerana mahu 'mendengar' berita yang baik baik bagi dirinya!!!

Ini lah jadinya bila bertuhankan nafsu dan manusia!!! kerja politik tak jugak dibuat! kawasan tak juga dijaga! sebab tu masih ada muka muka orang kuat Bahagian UMNO yang terus terusan berkampung di KL terutama di PWTC ni...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan