Selasa, 14 Februari 2012

Siapa Yang Raja Nazrin Tampar..?















Raja Nazrin selalu tampil dengan pelbagai nasihat yang berguna kepada Agama, Bangsa Dan Negara!!!

Daulat Tuanku..!!!

Raja Muda Perak, Dr. Raja Nazrin Shah menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamat untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.

Baginda bertitah, akibat dari sikap itu, matlamat mahu mengimbangkan agihan ekuiti dalam kalangan ummah gagal dicapai dan dasar murni yang diwujudkan kerajaan itu pula dipersalahkan.

"Sedarilah, dasar tersebut tidak berdosa dan tidak pernah melakukan dosa, yang berdosa adalah di kalangan mereka yang telah melakukan pelbagai penyelewengan di peringkat pelaksanaan.

Akibatnya berlaku kerapuhan pegangan hak milik terutama di kalangan individu Melayu, lalu berlaku ketirisan hak milik harta dan ketirisan hak milik urus niaga bernilai tinggi," titah baginda semasa merasmikan Seminar Wakaf: Penjana Pembangunan di Bank Negara Malaysia di sini.

Menurut Raja Nazrin, kajian menunjukkan bahawa hanya enam peratus daripada kekayaan individu Melayu yang sempat sampai ke generasi ketiga dan hanya dua peratus sahaja disambungkan ke generasi seterusnya.

"Pola daya tahan pemilikan ekuiti di kalangan individu yang begitu sementara sifatnya akan memberi impak negatif dalam jangka panjang dan boleh menyebabkan ummah menerima nasib berdagang di bumi sendiri," titah baginda.

Baginda mengesyorkan satu mekanisme yang lebih berkesan perlu ada untuk memberi jaminan bahawa semua pegangan ekuiti Melayu Islam ini tidak begitu cepat terhakis. - BERNAMA

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

1 ulasan:

  1. siapa yg terajui deb...menteri mana.rasuah sana sini..tenguk saja pati negara kita..bebas sebebasnya..malah boleh maki hamun org melayu..salah siapa...masing masing tk ngaku..biasala tu..kau kata aku.aku kata kau..islam dok kepala lutut..tempahlah api neraka

    BalasPadam