Rabu, 15 Februari 2012

Azizan Dah Kemas Barang La Weii..


Azizan semacam lebih rela PAS kalah dalam mempertahankan Kedah dalam PRU akan datang dari menang dan diambil alih oleh puak Mahfoz serta yang sewaktu dengannya yang jelas lebih lapar dalam membaham harta kekayaan negeri dan lebih dungu dalam mentadbir kerajaan!

Itu sebab dia kata...

"Itu hak dia (UMNO). Ini negeri bebas...aturlah strategi. Kita dah buat macam-macam...jika rakyat sokong Alhamdulillah...kita dok (dapat mentadbir) lagi, kalau rakyat tak mahu apa boleh buat,” katanya sambil ketawa.

Tapi sebaliknya juga mungkin beliau sudah tak tertanggung dengan kerenah dan sikap EXCO, ADUN dan Pegawai Pegawai PAS yang ada disekeliling yang hanya tahu membaham dan membalun duit peruntukan seperti yang disebut oleh beliau tanpa menafikan wujudnya perkara tersebut...


Ini kerana katanya, peruntukan itu yang diberi kerajaan Pusat bagi tujuan projek kecil dan bantuan kepada NGO iaitu RM150,000 untuk Exco dan RM100,000 bagi wakil rakyat disalur terus kepada pejabat daerah selaku Pegawai Pengawal.

"Wakil rakyat atau anggota Exco akan memohon kepada pejabat daerah dan bayaran dibuat terus oleh Pegawai Pengawal kepada kontraktor yang dilantik. Begitu juga bantuan atau sumbangan kepada NGO disalurkan terus kepada mereka.

"Jika pemotongan berlaku ia bukan di peringkat wakil rakyat atau Exco,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco negeri, di sini.

Beliau diminta mengulas dakwaan beberapa NGO di Kedah bahawa antara 25 hingga 30 peratus daripada wang bantuan itu terpaksa ”dipulangkan” kepada pihak tertentu.

Tak nafi perkara tu tak berlaku...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan