Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan bandar Muar sebagai Bandar Diraja selepas sekian lama dikenali sebagai Bandar Maharani.
Pengisytiharan tersebut dibuat baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat negeri 1433 Hijrah di Masjid Sultan Ibrahim di sini hari ini.
Tahniah warga Muar..! Sejarah panjang Muar dan Bandar Maharani ini boleh dibaca dibawah..
PENGENALAN
Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani merupakan sebuah bandar yang padat dengan kisah sejarah yang melakarkan perbagai peristiwa yang sewajarnya dapat memberikan kita keinsafan.
"Di sini bermula dan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka"
Muar pernah menjadi saksi permulaan keagungan bangsa, dan Muar juga menjadi saksi kejatuhannya.
Di bumi bertuah ini juga pernah menyaksikan kehebatan wira bangsa dalam mempertahankan maruah bangsa, negara dan agamanya yang tercinta walaupun nyawa menjadi pertaruhannya. Itulah Muar yang tercinta...
Muar sebelum dikenali sebagai Bandar Maharani Muar dikatakan mempunyai beberapa nama lain, dan nama Muar itu sendiri dipercayai berasal dari perbagai sumber seperti:
SEJARAH NAMA MUAR
TELUK DALAM - Hikayat Malim Dewa-dewa Deman:
Muar dahulunya dikenali sebagai Teluk Dalam berdasarkan ayat di dalam Hikayat Malim Dewa-dewa Deman. Teluk Dalam ini mungkin berasal dari keadaan sungai Muar yang berkualakan satu muara atau teluk yang terbuka luas.
MUARA - Bahasa Melayu Sunda:
Nama Muar dikatakan ringkasan bagi MUARA di dalam bahasa Melayu Sunda yang bermaksud "kuala sungai yang membuka atau meneluk luas"
MUAK - Rupabentuk Sungai:
Muar bermaksud satu rupabentuk bagi perkataan "muak" maksudnya jemu berkayuh dalam sungai yang begitu besar dan berbelit-belit.
MUAR atau MUNAR - Bahasa Hindu:
Muar ialah ringkasan daripada Bahasa Hindu "Munu" yang bermaksud Tiga dan "Ar" yang bermaksud "Sungai". Nama Muar berpunca dari nama sebuah negeri besar di Selatan India pada zaman purba yang dinamakan Muar atau Munar ('Negeri Tiga Sungai' kerana negeri ini terdiri daripada tiga batang sungai penting yang bercantum menjadi satu). Apabila orang-orang Hindu purba itu datang ke negeri ini untuk mencari emas, mereka menjumpai tiga batang sungai yang bercantum iaitu Sungai Muar, Sungai Serting dan Sungai Pahang seperti Sungai Muar atau Munar di negeri mereka. Lantas mereka menamakan sungai ini sebagai Muar bersempena nama Muar atau Munar di India.
Muar atau Bandar Maharani telah dicatatkan oleh beberapa penulis dan menjadi bahan sejarah terpenting masa kini.
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
BERTUAH WARGA MUAR BEB..DI BWH BN MUAR TERUS MAKMUR..TU PSL DIN PUDURAYA DAH BERANGAN NAK BALIK JOHOR..AMIK NAMA SKET KEHKEHKEHKEH
BalasPadammenjunjung Kasih..kami orang Muo bangga tetapi musykil kenape di benarkan ada orang menjual pasir sehinga beratus2 lori panjang, saban hari tak kira hari minggu atau cuti.Lori2 yang jelas nampak bermuatan lebeh had di jalan Jb hingga sesak jalan dan jembatan nak runtuh dibuatnya.Kenape dibenarkan pasir ni di jual ke Spore.Bukan kan ada larangan pasir tak boleh di jual .kami juga diberitahu Kastam nak sekat pun tak boleh pasal ini dia kata Pasir Silika.Jika silika kenaper tak di proses dulu di Johor supaya dapat peluang kerja??kami musykil!!!
BalasPadamBandar muar sunyi,tiada hiburan yang terdapat di sini, di kala malam pula kita tidak nampak ramai orang, tidak seperti di bandar melaka pesat membangun banyak tempat-tempat yang boleh di lawati dari masa kesemasa bandar melaka menjadi tempat pelancongan kita boleh pergi melawat taman buaya,MITC, Taman tema air, taman rama-rama,menara taman sari, kapal layar lama, yang terbaru masjid terapung seperti masjid terapung di trengganu kenapa tidak ada di muar bagi mengalakkan pelancung datang melawat sekurang-kurang nya bandar muar tidak mati dan sunyi. mudah2an bandar muar di raja akan menjadi mewah dan makmor.
BalasPadam3 DEC 2012 BERSAMAAN 19 MUHARRAM 1434 HIJRAH
BalasPadamBandar Maharani Muar Bandar Di Raja tetap popular sehingga kini dan insyallah untuk selamanya kerana di antaranya terdapat ramai tokoh2 pemimpin yang lahir di sini di samping golongan elit profesional dari berbagai bidang sejak dari awal kewujudan daerah yang tercinta ini. Terdapat berbagai aneka makanan yang terkenal dan lazat boleh terdapat di sini. Daerah yang turut didiami oleh kalangan perbagai kaum dan agama serta budaya cukup ramah jika kita datang berkunjung. Maka tidak hairanlah mengapa kini terdapat ramai pelancung yang menjadikan daerah ini untuk disingahi dan bermalam sebelum meneruskan perjalanan mereka ke lain2 destinasi disamping terdapat banyak kemudahan yang tersedia ada dan cukup berbaloi jika kita datang bercuti dan berbelanja di sini jua di kalangan anak jati daerah ini yang kerap pulang khususnya di hujung minggu malah ada yang balik dan pulang di hari yang sama kerana kemudahan lebuhraya yang meletakkan Bandar Di Raja Muar di dalam peta laluan utama utara-selatan tanahair. Panorama daerah ini cukup indah dan mengasyikkan kerana terletak di muara sungai Muar menghadap Selat Melaka dan begitu damai sekali samada di siang mahupun di malam hari. Jika di malam hari keindahan Jambatan Muar begitu indah sekali cukup mendamaikan hati dengan hiasan lampu2 neon dan aktiviti2 penduduk Muar dan pelancung yang beriadah dan lain2 aktiviti khususnya bagi peminat2 yang gemar memancing dan yang menikmati hidangan makanan laut yang segar. Terdapat juga kesan2 peningalan sejarah yang tinggi nilainya yang boleh kita lawati dan diterokai oleh para pencinta ilmuan sejarah sebagai khazanah untuk diwarisi generasi akan datang sepertimana yang tercatat di dalam buku2 sejarah dan berbagai artikel serta dokumentari hasil penulisan dan juga penyelidikan sejarawan tempatan dan luar negara. Rasa teramat syukur dengan izin ALLAH SWT di atas perisytiharan sebagai Bandar Di Raja oleh Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Baginda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi Negeri Johor dan Seluruh Jajahan Takluknya di atas kebijaksanaan Baginda dalam memajukan ekonomi dan pentadbiran di kalangan para pentadbir, para pemimpin, usahawan serta sokongan penduduk daerah Muar dan seluruh rakyat Negeri Johor yang terkenal dengan sikap pragmatis dan berpandangan jauh semenjak dari dahulu lagi. Terdapat banyak lagi cerita yang boleh dikhabarkan, apapun untuk mengetahuinya bagi mereka yang belum pernah ke sini, silalah merancang untuk berkunjung di Bandar Di Raja Muar, pastinya satu percutian dan pengalaman yang manis untuk dikenangi dan dikongsi bersama. Akhir kalam, sama2 lah kita memelihara kemakmuran dan keharmonian yang dinikmati selama ini malah terus berusaha untuk memperoleh kejayaan demi kejayaan untuk dicontohi dan kesinambungan bagi generasi akan datang. AMINNN....
johor memang ada jualan kain,baju kurung&baju melayu jualan harga murah.
BalasPadam