Isnin, 20 Februari 2012

Khalid Nordin Tak Payah Cakap Pasal Politik New Politik..!











Diantara Khalid gagap dan Khalid gereja tentulah Khalid Nordin yang boleh dipercayai...langkah terbaru KPT tentunya sesuatu yang kita tunggu tunggu selama ini..cukup la bagi muka sangat kat warga asing dan tokey tokey IPTS yang hanya tahu nak kaut untung jer...

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementerian itu hanya akan mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi PengajianTinggi Swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara berkenaan dengan Jabatan Imigresen dilakukan dua bulan lepas.

"Mereka yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakannya pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan KPT," katanya, Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Mesra Ilmu Siri Tiga anjuran Fakulti Kesihatan Universiti KebangsaanMalaysia (UKM) di Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini.

Khaled diminta mengulas saranan Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yangmenyarankan supaya KPT mengkaji semula dasar terlalu terbuka pemberian visa danpas lawatan pelajar bagi membendung negara ini menjadi hab dadah antarabangsa.

Beliau berkata mengikut rekod polis, tidak banyak pelajar yang berada di bawah kelolaan KPT terlibat dengan kegiatan tersebut.

"Pihak pengurusan IPTA dan IPTS juga perlu memaklumkan kepada kementerian jika ada penuntut asing yang mengabaikan pelajaran supaya kementerian dapat menyiasat sekiranya mereka terbabit dengan kegiatan negatif," katanya.- BERNAMA

Menteri macam ni bagus!!! kerja dan buat kerja!!! tak payah sebok nak bercakap pasal new politik! atau bawa mahasewel berdemonstrasi hingga turun turun kan bendera!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Isu ini sudah terlalu lama. Sepatutnya pihak KPT (MOHE) telah lama sedar bahawa hampir semua IPTS (kecuali dua tiga yang sememangnya ikhlas) berhasrat mencari untung mudah dengan pemberian visa pelajar ini. Kebanyakan IPTS hanya berhasrat mencari keuntungan, asalkan pelajar berkenaan sanggup membayar. Mereka datang atau tidak kuliah, mereka buat atau tidak assainmen, kemana mereka pergi, perkara-perkara sebegini tidak diambil pusing oleh pihak pengurusan IPTS berkenaan. Itulah sebabnya mengapa keadaan sekarang berlaku.

    BalasPadam