Isnin, 1 April 2013

FAM & Rajagobal Tak Payah Gaduh...Sebenarnya Rakyat Malaysia Yang Berkonspirasi..!


Dalam keluh kesah rakyat Malaysia mengenang mutu bolasepak negara yang terumbang ambing serta jauuhhh terkebawah didalam ranking yang dianggap tidak penting tu...tetiba bersandiwara semasa la pulak FAM dan Rajagobal..!

Dilaporkan bahawa...

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak andaian wujudnya konspirasi dalaman untuk menyingkirkan ketua jurulatih skuad kebangaan Datuk K Rajagobal seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Jawapan spontan Setiausaha Agung adalah di dalam semua isu, segala kemungkinan tidak boleh diketepikan. Dukacitanya jawapan ini dipetik sebagai kenyataan utama yang disiarkan di dalam akhbar.


"Justeru itu, FAM ingin memperjelaskan bahawa kenyataan Setiausaha Agung itu disalah ertikan. Dengan ini FAM ingin menyatakan bahawa tidak ada sebarang konspirasi dalaman sebagaimana yang dilaporkan," menurut kenyataan FAM itu.

FAM dan Gobal tak payah kecoh ler dalam bab ni..! sebenarnya rakyat Malaysia dah lama sepakat dan bersatu hati menolak majoriti kepimpinan didalam FAM yang lemau serta ketidaksuburan Rajagobal dalam melatih dan membimbing skuad kebangsaan!

FAM dan Rajagombal boleh ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk memasukan Artikel 88 kedalam nama individu masing masing bagi dipakai seumur hidup...lagi senang..!

Ianya pasti berguna bila FAM dan Rajagombal mendengar nyanyian dibawah ni...


Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Apakata tukar FAM jadi PBAM (PERSATUAN BOLASEPAK AMATOR MSIA)FAM TELAH JAHANAMJAN BOLASEPAK MSIS

    BalasPadam