Selasa, 2 April 2013

PANAS..! GILIRAN NURUL IZZAH DI LONDEHKAN KAIN OLEH PENGIKUTNYA SENDIRI!!!


Tiba giliran anak papa hebat pulak dilondehkan kainnya oleh pengikutnya sendiri! Nampaknya puak pakatan ni memang jenis suka londeh melondeh sesama sendiri!!!

PRU-13: Nurul Izzah dikecam pengikut akaun twitternya


PAPARAN muka akaun twitter Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 2 April - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.

Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas mengecam tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mengecam Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dan nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).

"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.

Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.

Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu. - UTUSAN ONLINE

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan