Ahad, 14 April 2013

Semoga YAB PM Diteguhkan Hati, Dikuatkan Semangat..!


Esok merupakan hari kemuncak bagi penyenaraian calon calon BN yang akan masuk kegelanggang pilihanraya yang bakal bermula pada 20 April sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei depan pula sebagai hari penentuan bagi rakyat memilih wakil mereka atas calon yang dikemukakan oleh Najib esok.

Sebenarnya Najib sudah pun mempunyai maklumat selengkap lengkapnya, ini kerana sumber yang ada cukup bagi memenuhi tuntutan rakyat seperti mana yang disuarakan oleh YAB Pengerusi BN pada Khamis 11 April di Dewan Merdeka dihadapan lebih 2000 orang perwakilan yang mewakili semua anggota Barisan Nasional.

Antara yang disebut oleh YAB PM ialah calon mestilah diterima baik oleh rakyat, dikenali dan mesra, bagi penyandang pula mereka mestilah terdiri daripada Ahli Yang Berhormat yang aktif, bijak membidas dan berhujah, aktif didalam Dewan, bukan kaki ponteng serta mempunyai nilai moral yang baik.

Najib juga menggariskan bahawa mereka yang berada di hiraki parti menjadi keutamaan namun sekiranya keperluan semasa mendesak maka calon yang bakal dibawa mestilah calon yang sudah dikenali ramai @ senang jual.

Namun sejak semalam, berita berkaitan nama calon dikalangan ahli UMNO sedikit merisaukan kita semua, ada diantara mereka yang mengaku sebagai orang Najib telah memulakan kekecohan ini dengan membawa senarai panjang pilihan mereka. Usaha ini tidak berhenti setelah YAB PM menggariskan keutamaan calon pada Khamis lalu namun ianya tetap berjalan.

Ada pihak sedang cuba meletakkan keutamaan diri dan puak melebihi keutamaan parti..! semoga Allah memberkati dan memperteguh pendirian YAB Perdana Menteri dalam menentukan calon yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.

Baca lanjut di sini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyerahkan surat tauliah calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) esok. 

Majlis penyerahan akan diadakan di bilik mesyuarat utama ibu pejabat BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bermula jam 11 pagi. 


Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis. 

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. tengok sajalah... keluar nama calon kita boleh rasa dah menang atau kalah. selamat berjuang atau selamat malam.

    BalasPadam