Khamis, 4 April 2013

hARAKah Tidak Akan Siarkan!!! Video Pembangkang Bertumbuk Kerana Berebut Kerusi...!


Kerana tiadanya sefahaman sesama puak pembangkang, kerana tiadanya matlamat yang kukuh diantara mereka maka beginilah yang terjadi...!

Malas nak cerita...layan!


Lu Fikir La Sendiri!!!


Pakatan Pembangkang masih belum memuktamadkan isu pembahagian kerusi yang bakal ditandingi komponennya terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Difahamkan kesukaran ketiga-tiga sekutu utama pembangkang itu mencapai kata sepakat turut membabitkan kerusi yang bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Esok kita akan selesaikan, kita ada mesyuarat lagi," kata Anwar ringkas sebelum meninggalkan Ibu Pejabat PKR pada Khamis.
Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu agihan kerusi yang bakal ditandingi termasuk menyelesaikan masalah pertindihan kerusi.
Sidang media yang dijadualkan selepas itu turut dibatalkan.
Sementara itu ditanya sama ada keputusannya untuk meninggalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan berhijrah ke salah satu kerusi di Perak, Anwar berkata masih terdapat 'satu dua' isu yang perlu diberi perhatian.
"Tentang itu esok saya akan balik Permatang Pauh dan bincang lagi," katanya.
Ketika diajukan soalan sama ada beliau sedang mengintai secara serius untuk bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Timor, Anwar sekadar ketawa sebagai responds.
"Esok lah...tunggu esok," katanya.
Kerusi Parlimen Ipoh Timor dijangka kosong selepas veteran DAP, Lim Kiat Siang dijangka bertanding di kerusi milik PKR iaitu Parlimen Gelang Patah di Johor.
Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditemui turut mengesahkan mengenai kegagalan mereka menyelesaikan isu agihan kerusi pada Khamis seperti yang dijadualkan.
"Belum selesai, ada sedikit lagi. Petang esok kami ada lagi mesyuarat di sini," katanya sambil menambah bahawa beliau yakin isu agihan kerusi dapat diselesaikan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan