Rabu, 3 April 2013

PM DI TV Jam 11.30 Pagi Ini...!


Nantikan kemunculan YAB Perdana Menteri di TV Jam 11.30 pagi ini.

Menurut Mstar...

Desas-desus mengenai Parlimen akan dibubarkan hari ini (Rabu) semakin kuat apabila Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke udara di televisyen secara langsung pada pukul 11.30 pagi.
Berdasarkan laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas, dijangka mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," demikian menurut akaun Twitter berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergerak keluar dari Istana Negara kira-kira jam 9.10 pagi tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
tik..tok..tik..tok...! Tunggu..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan