Selasa, 9 April 2013

Jui Meng Pilih Kubur Di Segamat...Mengundi Mungkin Hari Bekerja



MUAR: Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Ming akan bertanding bagi kerusi Parlimen Segamat pada pilihan raya umum ke-13 ini, umum Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam Isnin.
Pengumuman itu dilakukan selepas ceramah PKR di Pekan Tangkak malam Isnin sekaligus menamatkan spekulasi kononnya Chua merajuk dengan pucuk pimpinan PKR dan mahu kembali ke pangkuan MCA.

Chua sebelum ini menghilangkan diri beberapa ketika setelah dikatakan kecewakawasan yang menjadi rebutannya dengan Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hauiaitu kerusi Parlimen Gelang Patah diambil Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pada majlis yang sama, Anwar turut mengumumkan enam calon PKR untuk kerusiparlimen dan dewan undangan negeri (DUN) di Johor, menjadikan jumlah keseluruhan yang akan ditandingi PKR sebanyak 19 kerusi.

Naib Ketua PKR negeri, Hassan Karim yang tewas bertanding kerusi Parlimen Johor Bahru pada PRU12 akan bertanding kerusi Parlimen Ledang, Timbalan Ketua PKR Johor Dr Ahmad Faidi Saidi (Parlimen Pasir Gudang), Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya negeri, Khuzan Mohammad (Parlimen Sri Gading), Ketua Biro Pendidikan dan Latihan PKR Wilayah Persekutuan Onn Abu Bakar (Parlimen Sembrong), penulis blog, Julailey Jemadi (Parlimen Sekijang), bekas pemimpinAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Datuk Idris Jauzi (Parlimen Batu Pahat).

Anwar turut mengumumkan sekali lagi bekas Panglima Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Hashim Hussien bertanding kerusi Parlimen Johor Baharu, Pengarah Pilihan Raya PKR negeri Steven Choong (Parlimen Tebrau) dan Pengerusi PKR Parlimen Muar Nor Hizwan Ahmad (Parlimen Muar). - BERNAMA

PUTRAJAYA: Hari pengundian untuk pilihan raya umum tidak akan terikat dengan trend sebelum ini dan boleh diadakan pada mana-mana hari dalam sesuatu minggu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

“Hari pengundian boleh jatuh pada hari bekerja tetapi SPR perlu mempertimbangkan banyak faktor.

“Kami tidak mahu ia berkebetulan dengan mana-mana hari keagamaan atau kebudayaan, atau mana-mana acara utama politik. Kami juga perlu periksa dengan jabatan meteorologi mengenai ramalan cuaca.

“Cuti sekolah atau sama ada ia adalah hari bekerja bukan pertimbangan yang penting.

“Kami tidak semestinya perlu mengikut trend yang lepas,” katanya pada sidang media selepas memberi taklimat kepada diplomat asing mengenai pilihan raya umum.


LU FIKIR LA SENDIRI!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan