Selasa, 23 April 2013

Dengar Ceramah Kena Bayar RM20


SABAK BERNAM: Penganjur majlis Hi-Tea bersama penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sabak Bernam di Parit 3, Banat, Sungai Manis di sini petang ini meminta orang ramai yang hadir membeli kupon RM20 untuk menyertai majlis itu.
Ada antara petugas itu turut merayu pihak media membeli kupon berkenaan atas alasan untuk mengutip dana bagi calon kawasan itu yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13, pada 5 Mei ini.
Calon Parlimen Sabak Bernam Dr Abdul Aziz Bari dari PKR, turut hadir.
Sebaik majlis bermula, pihak penganjur membuat pengumuman bahawa sesiapa yang tidak membayar kupon RM20 tidak dibenarkan duduk di meja bulat serta memaklumkan kupon mereka yang hadir di situ akan disemak.
Berikutan itu tidak semua penduduk yang hadir membayar kupon, sebaliknya sanggup berdiri dan bersandar di kenderaan masing-masing.
Hanya sebahagian sahaja daripada 1,000 kerusi dan meja yang disediakan dipenuhi manakala yang lain hanya mengambil kerusi tambahan dan duduk di luar khemah.
Pihak penganjur juga didapati hanya menyediakan beberapa jenis kuih dan minuman yang nilainya dikatakan tidak setimbal harga kupon yang dibayar.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada bulan depan.
Beliau turut mendakwa kononnya BN Selangor sudah ketandusan modal kerana hanya mampu menciplak manifesto pakatan pembangkang berhubung pemberian air percuma di Selangor. - BERNAMA
LU FIKIR LA SENDIRI!

11 ulasan:

  1. PooooRaaaa....! PKR & PAS sama sahaja datang dengar ceramah kena bayar atau derma....Piii...daaaa..

    BalasPadam
  2. Sidang Media Tergempar presiden pas ... "ITU BUKAN SAYA, HANYA LELAKI MIRIP SAYA"

    hadi akan bawa klon nya untuk membuktikan umno/bn buat video palsu. kih kih kih

    kemudian.....polis telah menahan lelaki mirip hj hadi di sempadan untuk mengelak di tunjuk kebenaran pada rakyat.

    lepas tu....bukti vedio adalah besi semata-mata.....khiaq tueh...kahak hijau!!!!

    bentayan

    BalasPadam
  3. Habis duit BR1M aku

    BalasPadam
  4. punyalah banyak bendera BN kat tempat aku dan pekerja kontrak masih terus memasang lagi. Tak pernah berlaku di PRU lalu

    Pening aku tengok biru

    Berapa banyak belanja dah habis buat bendera?

    Adakah itu manifestasi BN akan kalah?


    Ada aku kesah kalau kena bayar 20 ringgit jika menang PTPTN aku boleh settle?

    Ada aku kesah kena bayar 20 ringit kalau harga minya akan diturunkan?


    Kami tidak dibayar seperti ahli BN
    Bahkan kami mengeluarkan wang sendiri untuk kerja parti
    Setakat 20 ringgit, tak jadi kudis
    Kalau korang, tak dapat tshirt, duit poket RM20, minyak tak isi... gerenti kerja tak jalan..... ketua pening kepala



    BalasPadam
    Balasan
    1. takder duit tak payah pinjam ptptn

      Padam
    2. Derma duit untuk pemimpin anda layan Chinadoll dan pelacur. Lebih baik aku derma RM20 kat rumah anak yatim, dapat pahala berganda-ganda lagi..

      Padam
    3. kalau aku ada duit, buat apa aku nak pinjam PTPTN.

      Padam
  5. Dasar melayu bodoh. Malas belajar. Kalau bljr dapt result bagus, ptptn ditukar ke biasiswa. X payah bayar satu sen pn. Yg paling ramai dpt tukar ptptn kpd biasiswa adalah kaum cina. Sbb rajin bljr. Melayu tahu berdemo. Pastu nk semua free. Kalau berniaga, mmg lingkup perniagaan kalau mcm ni caranya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut statistik, berapa anak Melyu yang dapat First Class Degree dan ditukarkan dari pinjaman ke biasiswa?

      Bukan semua dilahirkan dengan bintang yang cemerlang dan tak semua perjuangan pelajar Melayu di IPT berakhir dengan kejayaan,

      Pelajar Melayu berdemo? Fakta menunjukkan bukan melayu sahaja yang berdemo, pelajar bukan Melayu juga berdemo sama.

      Periagaan lingkup kalau sesuatu urusniaga melibatkan campurtangan kroni demi kepentingan sendiri. Pernah dengar tentang IPP walaupun TNB berupaya menjana tenaga sendiri. Rakyat terpaksa membayar caj yang tak munasabah.

      Padam
  6. OK lah, kita hapuskan PTPTN tapi U masih kenakan yuran dalam RM2,000 satu semester. 6 semester dah RM12,000 tak termasuk buku dan sara hidup. Nak senang kira kita anggarkan minima RM20,000.

    Mana org miskin nak cari RM20,000 utk anak-anak masuk U ?
    Pinjam kat bank ? Apa cagaran nya ? Siapa penjamin ?
    Boleh PR janji bank kenakan faedah kurang dari 4% ?
    Cuba tanya peniaga kecil macamana susahnya nak dapat pinjaman bank ?

    Cuba baca - http://www.dailymail.co.uk/news/article-2312702/Four-students-default-loans-Treasury-fear-funding-unsustainable.html

    Sebagai seorang ayah dua anak di IPTA, sistem PTPTN dah cukup bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan pernah dengar tentang pendidikan percuma?
      Tuan berfahaman bahawa penghapusan PTPTN bermakna tiada pinjaman oleh kerajaan dan semua kos pembelajaran ditanggung oleh ibubapa/keluarga pelajar?

      Sebenarnya Tuan faham tidak dengan tawaran PR untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada semua pelajar?


      Pada masa ini, jika anak Tuan berjaya lulus dengan keputusan yang sederhana, jika di peringkat ijazah, mungkin kejayaan beliau akan diiringi dengan tangisan kegembiraan melihat skrol ditangan kanan sementara surat tuntutan pelunasan hutang PTPTN sebanyak RM40,000++ ditangan kiri beliau.

      Satu lagi Tuan, kita mengukur baju di badan sendiri, tapi mungkin di luar sana, setengah golongan mungkin tak sebaik nasib kita. Itu perlu kita fikirkan

      Padam