Khamis, 4 April 2013

Sidang Akhbar PM Selepas Mesyuarat MT & BN Tadi...



PM yakin BN dapat 2/3, PM akan kekal di Pekan dan tak macam orang tu yang lari meninggalkan kawasan tradisinya, PM yakin pembangkang tidak akan buat kekacauan.

YAB Perdana Menteri menyampaikan sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO khas dan mesyuarat khas BN.

PM memberitahu  mesyuarat mengikut tradisi selepas pembubaran parlimen semalam, agenda membincangkan persiapan terakhir aktiviti2 dan program pada 6 april 2013 dimana majis pelancaran manifesto BN di stadium Putra Bukit Jalil akan diadakan.

Kerajaan BN akan melakukan perubahan sesuai dengan matlamat 'janji ditepati' dan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' serta melalui dasar transformasi nasional.

BN menunggu pengumuman hari penamaan calon oleh SPR dan akan mengumumkan calon lebih awal, PM juga menyatakan bahawa jentera pilihanraya dan semangat komponen parti amat tinggi serta segala kegiatan akan ditingkatkan sewaktu kempen nanti. 

Dalam sessi soal jawab, YAB menyentuh berkaitan calon tetap akan berlaku, manisfesto harus dihayati rakyat dimana ianya komitmen kerajaan BN dimana segala janji kita tepati. Manifesto induk yg dilancarkan ini akan diketengahkan kepada negeri negeri mengikut keperluan negeri yang terbabit.

BN yakin akan menang lebih 2/3 pada pilihan raya umum ini dan BN akan mengenepikan isu isu dalaman dan masalah sesama sendiri.

Menjawab soalan wartawan berkaitan sabotaj pihak pembangkang yang akan membuat gangguan pada pru, PM beranggap mereka tidak akan lakukan dimana harus hormati perundangan dan biarlah rakyat pilih dengan bebas dan terbuka tanpa menghalang atau menakutkan pengundi. 

Menjawab soalan berkaitan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di Perak, PM berkata mungkin sokongan di Permatang Pauh sudah kurang dan bagi PM prinsipnya beliau tetap kekal bertanding di pekan sehingga ke akhir hayat.

Menyentuh tarikh pru biarlah SPR tentukan dan barisan kerajaan bersedia untuk hadapi pembabgkang tanpa kerisauan kerana kita telah bersedia. 

Steady la PM..! BN akan menang bergaya InsyaAllah...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. WA KONFEM ANUWAR BAKAL KNE SEMBELIH HIDOP2 DGN RAKYAT BROO HUHUHUHU

    BalasPadam