Khamis, 4 April 2013

Terengganu & Pahang Menyusul Menjadikan 7 Dewan Undangan Negeri Sudah Dibubar..!


Sehingga malam tadi Terengganu dan Pahang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri masing masing setelah Negeri Sembilan yang terbubar sendiri pada 28 Mac yang lalu, diikuti negeri Melaka, Perak, Perlis dan Sabah yang masing membubarkan DUN mereka petang tadi.

Sehingga tengah malam ini sudah 7 buah negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri setelah YAB Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat Parlimen ke 12 pada pagi tadi.

Diberitakan juga Johor akan turut membubarkan Dewan Undangan Negeri nya esok sementara 4 negeri dibawah pakatan harami juga iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan menyembah perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri juga esok.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan semalam selepas mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah malam tadi.

Sultan Ahmad Shah menandatangani watikah perkenan pembubaran pada pukul 10.55 malam sebelum menyerahkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Istana Mahkota, Jalan Teluk Sisek di sini.

Terdahulu, Adnan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang terakhir bagi penggal ke-12 di Kompleks Yayasan Pahang di sini berkata, beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan agenda membela rakyat.

"Selama ini terdapat pelbagai perubahan yang dilakukan kerajaan pimpinan BN terutama dalam aspek pendidikan, kebajikan dan pelaburan.

"Semuanya berjalan dengan baik dan saya yakin sekiranya BN diberi peluang, lebih banyak kemajuan akan dilakukan demi kesejahteraan rakyat," jelasnya. - UTUSAN ONLINE


Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan hari ini selepas mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Sultan Mizan telah menurunkan tandatangan memberi perkenan pembubaran selepas beliau menghadap baginda kira-kira pukul 7.40 malam.

"Pagi esok Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang akan menyerahkan watikah pembubaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura di sini malam ini.

Menteri Besar turut mengumumkan beliau akan mempertahankan DUN Kijal manakala Datuk Toh Chin Yaw mewakili MCA kekal bertanding di DUN Bandar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan watikah kepada para Pengerusi Portfolio Pilihan Raya melibatkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, beliau menjelaskan, dua kerusi itu diumumkan lebih awal untuk mengelakkan spekulasi tidak menyenangkan termasuk dirinya yang dikatakan tidak dicalonkan oleh pucuk pimpinan manakala MCA merupakan kerusi tunggal bagi parti itu di negeri ini.

"Nama-nama lain tidak boleh diumumkan selagi tidak menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pilihan Raya," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Mad Said sempoi sebab dah umumkan dirinya sebagai calon...betul juga tindakan ni kerana mengelakkan fitnah dari berleluasa..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan