Selasa, 3 Disember 2013

Menteri Menipu?

Blog Mykmu ada membahaskan isu yang menyentuh poket rakyat ini...

Tarif Letrik: Menteri Tipu Jumlah Kenaikan?

December 3, 2013   ·   29 Comments
http://www.tnb.com.my/tnb/residential/pricing-and-tariff/tariff-rates.html
Semalam banyak media massa termasuk Bernama melaporkan pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bahawa kenaikan kadar tarif elektrik baru berikutan polisi rasionalisasi subsidi bahan bakar.
Menurut Menteri, kadar di Semenanjung sekarang iaitu 33.54 sen sekilowat sejam (KWJ) dinaikkan kepada 38.53 sen/KWJ, iaitu kenaikan sebanyak 14.89% atau 4.99 sen.
Semalam juga Mykmu.net mendedahkan tiada peringkat Tarif Elektrik dengan harga 33.54 seperti didakwa oleh Menteri. (Lihat: Pengumuman Kadar Tarif Elektrik Mulai 1 Jan 2014 Mengelirukan
Hari ini, laman web TNB yang memaparkan tarif baru elektrik jelas menunjukkan Menteri telah menipu dengan mengatakan harga tarif letrik per KWJ dinaikkan sebanyak 4.99 sen.
Tarif paling rendah iaitu 301-400 KWJ sebulan dinaikkan sebanyak antara 10-11.6 sen/KWJ.
Jika benar analisis ini, tindakan menipu pengguna seperti ini sangat memalukan dan mencerminkan sikap tidak profesional Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Kita mahu penjelasan yang profesional dari kerajaan.
TIPUTARIF

2 ulasan:

  1. apa citer sebeno nye ni??? membingungkan rakyat... Menteri @ TNB kena jelaskan perkara yg sebenar...

    BalasPadam
  2. Matlamat sebenar mereka ialah untuk push harga saham TNB. Selepas pengumuman tarif baru saham TNB naik ke paras tertinggi dalam masa 20 tahun.

    BalasPadam