Ahad, 30 Mac 2014

MH 370 ~ Antara Realiti & Fantasi..!


Yang realiti didalam negara setakat ini…

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi pada Ahad menafikan menerima laporan daripada keluarga Indonesia yang mendakwa mereka telah menerima beberapa panggilan tidak dijawab (missed call) daripada Firman Candra Siregar yang merupakan salah seorang penumpang penerbangan MH370.
Beliau menjawab laporan portal berita Indonesia dalam talian yang memetik adik mangsa, January Siregar sebagai berkata bahawa beliau mendapat 'panggilan tidak dijawab' itu pada 11 dan 13 Mac daripada adiknya melalui Skype di iPad selepas pesawat hilang pada 8 Mac.
Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak mendengar mengenai perkara itu daripada pihak berkuasa Indonesia.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai semua yang mereka baca di portal berita kerana maklumat yang disiarkan kadang-kadang tidak disahkan, belum disahkan dan boleh mengelirukan.

Yang realiti di Australia setakat ini

Pusat Penyelarasan dan Menyelamat Australia (RCC) mengesan satu isyarat daripada suar kecemasan yang didaftarkan kepada sebuah kapal nelayan di kawasan yang jauh di selatan Lautan Hindi berdekatan Antartika.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA)
berkata RCC tidak dapat menghubungi kapal berkenaan dan bentuk isyarat kecemasan itu tidak diketahui.

"RCC telah menugaskan semula pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia daripada usaha pencarian (Malaysia Airlines) MH370 untuk terbang ke kawasan itu dan memberikan bantuan jika diperlukan," kata kenyataan itu.

P3 mampu menggugurkan peralatan survival, kata AMSA sambil menambah ia akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke lokasi suar itu dikesan.
Ia terletak kira-kira 3,241 km di barat daya Perth dan 648 km di utara tanah besar Antartika.

Menurut kenyataan itu sebuah pesawat awam dibawa bagi menggantikan P3 dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing yang hilang secara misteri pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.

Tambahan lagi

Operasi mencari sebuah pesawat syarikat penerbangan Malaysia yang hilang memasuki hari ke-23 hari ini, dengan fokus diberi di kawasan seluas kira-kira 319,000 kilometer persegi berpandukan hasil analisis lebih terperinci para penyiasat nahas kapal terbang.

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) pada Ahad berkata mengikut perancangan, 10 pesawat akan terlibat dalam gerakan mencari di kawasan kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth. 

Lembaga itu juga berkata semua kapal di kawasan mencari ditugaskan mengesan dan mengenal pasti objek yang dikesan pesawat sejak dua hari lepas.

"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini, dengan hujan renyai dan awan rendah, tetapi operasi mencari dijangka diteruskan juga," katanya dalam satu kenyataan.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 orang hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 itu berakhir di satu kawasaan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Menurut AMSA pesawat yang mengambil bahagian hari ini adalah dari Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika dan Malaysia serta sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi.

Kapal Australia HMAS Success, kapal Pentadbiran Keselamatan Maritim China Haixun 01, kapal Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu dan kapal tentera laut China Jinggang Shan tiba di kawasan mencari Sabtu.

"Enam lagi kapal akan tiba di kawasan itu hari ini," kata kenyataan itu.
Kapal frigat kelas ANZAC HMAS Toowoomba meninggalkan Perth petang semalam dan dijangka tiba di kawasan mencari dalam masa tiga hari.

"Kapal ADV Ocean Shield pula dijadual belayar dari Perth lewat hari ini setelah dipasang alat pengesan kotak hitam dan kenderaan bawah air," kata AMSA.

Yang fantasi namun meledak di dunia maya bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara ialah

Dimana Kapal Tentera Laut Malaysia? takkan tak sampai sampai lagi? Kapal dari China boleh sampai takkan KD dari TLDM masih sebok mengisi minyak dan makanan?

Lagi satu pula

Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.

Baca lanjut di sini. dan sini.

Lebih panas lagi dibawah ni


Masej Philip Wood Penumpang MH370 Membuat Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia??

Jumaat, 28 Mac 2014

Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370. Saya tak pasti kesahihan maklumat dan artikel ini, tetapi rasa dalam keadaan kita misteri dengan kehilangan MH370 dengan pelbagai teori ada baiknya artikel ini dikongsikan bersama.

Antaranya masej berbunyi

"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly."



Link forum: http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
Profil Philip Wood: http://www.nydailynews.com/news/worl...icle-1.1723968 


Di forum berkenaan Philip sempat memuat naik gambar hitam sebagai picture profilenya : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg


Dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisis data exit dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat : 
http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&...5192158752.jpg

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )

Spoiler for Hangar Diego Garcia




Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH370
Spoiler for saksi mata



Di akhir posting forum tersebut ada hal menarik :
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "
Menurut seorang forumer daripada forum Kaskus Indonasia TehGanteng   dan kimbo555 telah membuat analisis maklumat ini adalah seperti di bawah:-

Saya jadi iseng2 kutak katik "gambar hitam" tersebut dengan photoshop memang benar ada samar-samar bayangan, tapi belum jelas benar, sedang saya analisa lebih lanjut.

Sampai saat ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para pembajak 


Quote:Original Posted By kimbo555 
terjemahan postingan philip wood :


postingan : http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
(tanggal : Wed Mar 19 2014 08:22:38)

photo profile (avatar) :http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg



(tanggal dibuatnya photo profile : 18 Maret 2014)

kamera yg digunakan :



GPS :







DAFTAR MANIFEST MH-370 :

http://www.malaysiaairlines.com/cont...20Manifest.pdf


Baca boleh tapi percaya jangan..!!!

Masaalahnya isu sebegini la yang menjadi perbualan hangat dipasaran..!

Ini semua terjadi kerana kita semua masih mengharapkan bahawa semua anak kapal dan penumpang didalam pesawat MH 370 
"masih selamat dan hidup!!!"

Itu la harapan

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Kenapa pula kalau mangsa ni mungkin di tahan di pengkalan tentera bersama CIA-Mossad-MI6-NATO DAJAL di Diego GarCIA (termasuk pengkalan bawah tanah dgn. senjata nuklear spt. yg. didedahkan oleh wartwan Jepun, Shimatsu - lihat di Shimatsu di http://www.sovereignindependentuk.co.uk/2014/03/28/latest-posts-role-of-israel-and-soros-exposed-by-mh370-twin-jet-in-tel-aviv-top-10-veterans-stories-in-todays-news-march-26-2014-adl-deceit-sinks-judgeship-t/ , Role of Israel and Soros Exposed by MH370 Twin Jet in Tel Aviv , By Yoichi Shimatsu, March 26, 2014)
    boleh memburukkan Malaysia spt. yg. disuarakan seorg. Prof Melayu? Sebaliknya- ini akan membuktikan Malaysia TIDAK bersalah! Baik si Prof. 'pandai' tu baca artikel yg. bijak oleh Shimatsu ni psl. Diego GarCIA!

    Dan Barat-ZIONIS sedg. mempermainkan kita - Inmarsat yg. sekrg. memburukkan pula K'jaan kita, pun dikuasai si CIA-Bush, dan dua syarikat pertahanan IBM dan Freescale, yg. ada 21 pekerja/saintis termasuk saintis Malaysia/Cina/US (Philip Wood ini) atas MAS itu dikuasai Rothschild, ZIONIS plg. DAJAL (lihat di http://uprootedpalestinians.wordpress.com/2014/03/25/there-are-links-between-inmarsat-the-company-that-unilaterally-declared-mh370-lost-and-freescale-semiconductors/ , There are links between Inmarsat, the company that unilaterally declared MH370 lost and Freescale Semiconductors, by michaellee2009, March 25, 2014). Jadi disyaki si Rothschild/Mossad-Israel ni dgn. sekutu CIA-MI6-NATOnya nak sembunyikan sesuatu rahsia pertahanan!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  2. macam2 cerita dok ada....tapi yg menjadi tanda tanya hamba...kenapa pengesan radar dimatikan...kenapa tidak minta bantuan kalo pesawat ada masalah...kenapa co pemandu x ambil alih kalo pemandu mati.....kenapa pemandu x bagi isyarat kecemasan kepada pihak yg dapat mengesan kalo ada perkara x diingini dlm pesawat.... kenapa jauh sangat tersasar dari laluan ke Beijing.....kenapa n kenapa xxxxxx......

    BalasPadam