Isnin, 24 Mac 2014

PRK Kajang ~ Kenapa Pening Wan Azizah Bertambah?


Tahniah Wan Azizah..! Nampak semakin pening tu..! pening dicari ye tak..!!! 

Wakil rakyat lain..! wakil laki lain..!

KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang yang baharu pada 7 April depan.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan perkara itu pada Ahad malam.
"Dengan kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah, ia menunjukkan pertambahan Adun wanita dalam DUN Selangor yang kini menjadi 15 orang," katanya.
Dalam PRK Kajang, Wan Azizah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.
Presiden PKR itu memperoleh 16,741 undi.
Sementara itu calon BN dalam ucapannya
Kenyataan Akhbar oleh Calon BN untuk Pilihanraya Kecil DUN Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun(23-3-2014)

Saya dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi DUN Kajang. Sama ada anda mengundi saya atau tidak, saya menghargai segala sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya, MCA dan BN sepanjang kempen 2 minggu Pilihanraya Kecil ini. Kami juga menghormati sepenuhnya pilihan yang dibuat oleh pengundi-pengundi Kajang.

Walaupun BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihanraya Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%.

Saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli MCA dan rakan-rakan seperjuangan Barisan Nasional yang telah kerja bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen, ini termasuklah rakan-rakan MCA mahupun dari pusat, negeri ataupun bahagian. Saya amat berbangga dengan semangat perjuangan dan perpaduan yang dipamerkan oleh ahli MCA sepanjang tempoh kempen PRK kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah. Saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat bertahun-tahun.

Selepas ini, saya akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti yang telah diamanahkan oleh parti, ini termasuklah menggerakkan kerja dalam ketiga-tiga Jawatankuasa dan Biro di bawah jagaan saya, iaitu Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendidikan Politik dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang MCA, bagi bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program Transformasi parti MCA.

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Pening-pening, apasal kita kalah di Taman Delima dan Sungai Sungai Sekamat. Apalagi Melayu di situ mau... tak cukupkah BRIM yang diberi? Takkan mereka dah ikut cina Guan Eng dan cina Kit Siang?

    BalasPadam
  2. Pemikiran, hati dan kebijaksanaan pembangkang dan penyokongnya dah tertutup. Buat mcmana pun mereka tetap akan ada jawapan yang retorik, berlagak pandai tapi bodoh, berlagak alim tapi munafik, tak tahu bersyukur sebab tu lah dia orang ni hidup tak tenang, meracau. namun kita teruskan perjuangan. W'pun tak menang di kajang namun majoritinya dah berkurangan. Jadi ada juga yang Tuhan telah bukakan hati dan pemikiran mereka. Akhir kata...saya kasihan melihat orang kajang yang nak berubah terpaksa juga teruskan duduk dibawah pimpinan dan lingkungan orang-orang yang Yang BENGAP dan Yang BIOL (YB). Tengoklah nanti, yang akan menjatuhkan mereka adalah mereka sendiri. Tak payah pening-pening

    BalasPadam