Jumaat, 28 Mac 2014

MH370- Full Speed Waktu Terhempas..!

MH370 Terbang Lebih Laju Berbanding Andaian Awal - Hishammuddin

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menjawab pertanyaan pengamal media semasa sidang media mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Kuala Lumpur pada Jumaat. Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kanan). Misi mencari dan menyelamat memasuki hari ke-21 hari ini dan difokuskan di Lautan Hindi selepas analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom merumuskan lokasi terakhir pesawat di tengah-tengah lautan berkenaan. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan laporan kumpulan penyiasat antarabangsa yang mendakwa pesawat MH370 yang berakhir di selatan Lautan Hindi terbang lebih laju berbanding jangkaan awal.
Beliau berkata, maklumat itu diperolehi selepas pasukan berkenaan membuat analisis terbaharu yang dibuat berdasarkan data Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.
"Semalam (Khamis) proses ini menghasilkan keputusan baharu bahawa MH370 telah terbang dengan kelajuan lebih tinggi berbanding jangkaan asal.
"Ini bermakna ia menggunakan lebih banyak minyak dan tidak mungkin terbang jauh," katanya pada taklimat media harian mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.
Hishammuddin berkata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) telah memberikan maklumat terbaharu ini kepada RCC Australia untuk diteliti dan bagi mengecilkan kawasan carian.
"Pihak berkuasa Australia telah mengubah kawasan carian kira-kira 1,1000km timur laut Perth," katanya.
Jelasnya, perlaihan kawasan carian adalah perkara biasa dalam operasi SAR.
Beliau berkata dengan maklumat dan langkah-langkah yang diambil, pasukan penyiasat percaya dapat lebih memahami laluan sebenar MH370.
Kumpulan penyiasat antarabangsa ini terdiri daripada wakil daripada Inmarsat, AAIB dan Rolls Royce.
"Dari China, Perkhidmatan Maklumat, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), AAID dan dari Amerika NTSB, FAA dan Boeing, termasuklah pihak berkuasa berkaitan dari Malaysia," katanya.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun pesawat itu hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.
Misi mencari dan menyelamat memasuki hari ke-21 hari ini dan difokuskan di Lautan Hindi selepas analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom merumuskan lokasi terakhir pesawat di tengah-tengah lautan berkenaan.

Lu Fikir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. lebih laju, bukan sahaja hanya boleh terbang lebih dekat tetapi juga dalam jangka masa yang sepatutnya lebih pendek. apabila faktor masa dipertimbangkan, ternyata andaian pihak berkenaan hanyalah separuh benar. jika bahan bakar cepat habis, tidak mungkin pesawat boleh terbang sehingga melebihi 7.5 jam, berdasarkan ping yang diterima pada jam 8:11 pagi.

    mereka terkantoi kali ini apabila faktor tempoh masa penerbangan diambil kira dan disejajarkan dengan jarak yang ditempuhi. 777 boleh terbang lebih kurang 1000 km setiap jam penerbangan. dalam tempoh 7.5 jam, mh370 boleh merentasi kira-kira 7500 km. lokasi pencarian baru dianjakkan kira-kira 1000 km ke utara daripada lokasi asal. mana mungkin jika dikatakan bahan bakar habis lebih cepat, jumlah masa penerbangan kekal seperti itu.

    jelas bahawa mh370 hilang kira-kira 1 jam daripada tempoh masa penerbangannya. dengan kata lain, mh370 tidak terbang dalam masa 1 jam daripada lebih 7.5 jam penerbangannya itu. ringkasnya mh370 telah singgah, berhenti untuk tempoh lebih kurang 1 jam sebelum meneruskan penerbangan ke tempat terakhirnya di lautan hindi selatan. 1 jam penerbangan meliputi jarak lebih kurang 1000 km. lokasi baru pencarian dikatakan terletak 700 batu ke utara daripada lokasi sebelum ini. 700 batu x 1.6 = 1120 km.

    boleh jadi mh370 singgah selama lebih kurang 1 jam di lokasi rahsia untuk tujuan tertentu sebelum diterbangkan semula hingga ke tempat akhirnya di lautan hindi selatan.

    BalasPadam
  2. "ping" terakhir sangat kontroversi pada saya
    8.11 pagi "ping " terakhir dapat dikesan ... mungkin dalam masa sejam kemudian MH370 masih terbang tidak dapat dinafikan
    persoalannya berapa banyak bekalan bahanapi yang dibawa ? atau berlakukah persinggahan ulang bekal yang tak diketahui ...
    dalam fikiran saya cuma satu sahaja peralatan yang mampu melakukan semua ini .... AWACS !!
    saya tahu ramai yang tak bersetuju selagi "black box" belum ditermui tapi ramai juga akan bersetuju jika mereka tak tau apa kebolehan sebenar pesawat AWACS ini.
    cuba kira jarak, ketinggian, arah dan kelajuan penerbangan MH370 ... semuanya tak masuk akal.
    saya amat yakin, jika terjumpa sekalipun "black box" tiada data didalamnya

    BalasPadam
  3. Bah. Pertama:

    Si media KAPIR DAJAL Barat-ZIONIS CNN itu memang si CELAKA News Network dan si FOCK News itu pun sama CELAKAnya! Dan sekarang rejim PENIPU Australia/Barat-ZIONIS tu pun nak mengalih perhatian sejauh-jauhnya dr. Diego GarCIA; ubah arah pencarian kat tpt. lain pula, kononnya pilot pandu lebih laju dr. biasa!

    Lihat bagaimana replika (clone) MAS kita telah ditemui di ISRAEL - yg. disembunyikan dari 2013 lagi ( lihat di http://12160.info/profiles/blogs/are-the-israelis-planning-another-9-11-using-the-missing-boeing, Are the Israelis Planning Another 9-11 Using a Copy of the Missing Boeing 777?; Posted by Charles Magus on March 27, 2014: Source: Chris Bollyn)! Mungkin berdasarkan dua teori!

    Disyaki Mossad/Israel-CIA-MI6-NATO serta ejen tempatannya dari DAPBANGKAI/PELIWAT PEMBANGKANGSONGSANG pada mulanya merancang dari 2013 lagi, mahu menggunakan replika ini utk. mengebom Summit Nuklear yg. baru berlansung di Hague, ala 9-11, dan kemudian menyalahkan dua rakyat ‘Iran/‘Islam‘ yg. menggunakan passport palsu itu, tapi gagal dan lalu serpihan dari MAS (yg. tulen) kita di ’hempaskan‘ di Lautan Hindi setelah disembunyikan di Diego GarCIA (sebab itu disyaki Israel menutup kedutaan di seluruh dunia buat pertama kali dlm sejarah, kononnya sebab pekerja mogok, begitu juga Airport Frankfurt ditutup di waktu sama, di mana Jerman adalah penyokong paling kuat Israel).

    Di samping itu, si ZIONIS Murdoch asyik menghasut China utk. bekerjasama lebih rapat dgn. Amerika akibat insiden MAS ini dgn. menyalahkan 'pengganas Islam'!

    Dan kalau teori ini benar, K’jaan kita harus menyiasat kejadian kenapa ada replika MAS di Israel itu dan dedahkan di seluruh dunia dgn. rasmi, demi kedaulatan dan keselamatan bangsa, agama dan negara kita, yg. telah diburukkan dan cuba ditumbagkan di mata Dunia dg, insiden MAS ini!

    Lihat di - http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014;

    http://beforeitsnews.com/alternative/2014/03/flight-370-a-bed-time-story-2926592.html , Flight 370 – A Bed Time Story (Stopped From Suiciding The Nuclear Conference By The Dutch), By Jimstonefreelance, March 26, 2014;

    di http://www.zerohedge.com/news/2014-03-24/two-dutch-f-16s-scrambled-intercept-unidentified-boeing-777 , Two Dutch F-16s Scrambled To Intercept Unidentified Boeing 777 , Submitted by Tyler Durden on 03/24/2014);

    di http://beforeitsnews.com/prophecy/2014/03/for-the-first-time-in-history-israel-suspiciously-closes-all-embassies-consulates-world-wide-video-2459734.html , For the First Time in History, Israel Suspiciously Closes All Embassies and Consulates World-Wide!, March 23, 2014;

    dan di http://www.presstv.ir/detail/2014/03/25/355959/the-cia-hoax-flight-370-revealed/ ,
    Flight 370 The CIA Hoax, Mar 25, 2014.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation)

    BalasPadam
  4. Ingt x brita ada kata jet ade mgjar psawat.ttpi crita tu dh trgantung

    BalasPadam
  5. Ini pendapat aku...mh370 dirampas dan najib terima ugutan dlm masa 2 minggu utk bebaskan anwar atau najib letak jawatan tp najib menolak.lps je 2 minggu br dah mula jumpa serpihan sana sini sb mh370 dah diletupkan di lautan hindi tanpa penumpang dan segala peralatan komunikasi spt kotak hitam ditanggalkan.nasib penumpang mungkin dibunuh atau disimpan.yg peliknya zahrie ada dtg pd hr anwar dijatuhi hukuman penjara dan esoknya mh370 hilang.Israel adalah sahabat anwar dan tk mustahil mereka ni adalah dalang seperti pendapat dr mkcik sambal belacan.

    BalasPadam
  6. Mula dulu najib ada ckp kena rampas,lps tu pulak terhempas.aku rasa najib ada terima panggilan dr perampas dan hanya najib je yg tau apa yg jd.aku salute najib sb bijak buat keputusan walaupun terpaksa mencalar nama dan maruah negara dr desakan pembangkang.

    BalasPadam
  7. JANGAN SIA-SIAKAN BAKAT KORANG SEMUA...SEGERALAH LAH BUAT SKRIP FILEM ALA SAINS FIKSYEN. KALU KAT MSIA NI TAK LAKU...TRY JUAL KAT HOLLYWOOD, AKU ORAN GPERTAM AYANG AKAN GI MINTAK SIGN KORANG KALU SKRIP KORANG KO NI BOXOFFICE...ADUHAI DEK MENONTON FILEM ZIONIS BANYAK SANGAT...CARA BERFIKIR PUN MCM ZIONIS...AGAK-AGAKLAH KALU NAK BERTEORI PUN.

    BalasPadam
  8. Banyak lah pulak pakar-pakar pesawat dari Malaysia ni eh. Blajar kat mane selama ini. Pesawat pun belum dapat di temui lagi.Kotak hitam pun belum dapat di bongkar lagi. Pun dah macam2 andaian dah di buat. Sabar dulu lah weh. Bagi lah peluang pakar2 yang berkalibar membuat penyiasatan dulu.

    BalasPadam
  9. Pendapat aku,ada logik kapalterbang tu singgah di Garcia,sebelum meneruskan penerbangan ke lautan hindi.Ini mungkin pihak US tidak membenarkan aircraft komersial berada disitu atas sebab2 keselamatan.Dengan itu,aircraft mengambil keputusan untuk tidak pulang semula ke Malaysia,tapi membawa aircraft ini ke tengah lautan Hindi.

    BalasPadam
  10. - mula dari 8 hb Diego Garcia ditutup selama 72 jam (http://www.amc.af.mil/amctravel/indrx.asp)
    - pihak US tidak beri rakaman imej satelit pada 8 hb di kawasan Diego Garcia
    - pesawat yang berada di lautan hindi itu adakah :
    Boeing 777- 2H6 (ER) dengan No Siri 28420 Reg No 9M- MRO
    ATAU
    Boeing 777- 2H6 (ER) dengan No Siri 28416 dan didaftarkan sebagai N105GT ??

    BalasPadam