Selasa, 18 Mac 2014

MH370 ~ Pelik Bin Ajaib


Setakat jam 5.30 petang tadi pihak kerajaan telah mengumumkan…

SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, fokus siasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 kini ialah mengumpul maklumat satelit dan radar, menambah aset udara dan permukaan serta menambah pakar teknikal. 

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Australia dan Indonesia mengetuai pencarian di koridor selatan manakala China dan Kazakhstan di kawasan berhampiran di koridor utara bagi mencari pesawat MH370. 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 diperluaskan kepada tujuh kuadran di setiap koridor membabitkan kawasan seluas 2.4 juta batu nautika persegi, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Datuk Seri Hishammuddin Husein menegaskan Malaysia kekal mengetuai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang.

Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata, negara yang memberikan kerjasama mengambil anisiatif untuk meningkatkan usaha dan menambah aset di wilayah pencarian masing-masing. 


Nota diplomatik diterima dari 12 negara di koridor utara dan dua dari koridor selatan untuk kerjasama sertai bantuan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. 

Sementara itu

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa hairannya apabila pesawat MH370 dikesan dengan bantuan teknologi canggih.

Berita Harian melaporkan, Dr Mahathir berkata teknologi yang sama kebiasaannya mampu mengesan pergerakan sekecil manusia walau di mana mereka berada.

Namun katanya, teknologi yang sama gagal mengesan lokasi pesawat Boeing 777-200ER dan kekal misteri hingga ke hari ini.

"Saya melihat perkembangan ini (misi mencari dan menyelamat) dan berasa hairan kerana dalam dunia yang serba moden dan canggih dengan pelbagai teknologi, kita masih gagal mengesan pesawat yang sebesar 63 meter itu.

“Sedangkan dengan teknologi yang sama, kita boleh mengesan manusia walaupun seseorang itu berdiri di tepi jalan,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Katanya, jika sesebuah pesawat terhempas di lautan atau di darat, sudah pasti satelit atau teknologi canggih milik kuasa-kuasa besar dunia mampu mengesan serpihan pesawat terbabit.

“Hari ini masuk hari ke-11 bagi misi pencarian pesawat MH370, saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku dan saya faham perasaan sedih yang dihadapi oleh keluarga kerana sehingga ke hari ini kita tidak tahu nasib yang menimpa penumpang serta kru pesawat itu,” katanya lagi.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Sehingga kini, Malaysia telah menerima bantuan kemanusiaan dari 26 buah negara yang turut mengesan dan menjejaki pesawat terbabit di perairan negara masing-masing.

Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak hari pertama mencatatkan usaha pencarian terbesar dan paling lama dalam sejarah iaitu selama 240 jam.



Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Aku rasa la ,pesawat dah isi minyak dan telah terbang dgn identiti palsu bila masuk ruang udara negara2 tertentu.
    paspot curi pun boleh lepas kannn..

    BalasPadam
  2. Permainan Kuasa besar.......

    BalasPadam
  3. Dah tiba masanya untuk Russia pulak tolong cari agaknya........

    BalasPadam
  4. Iphone 5S hilang pun boleh tau kat mana... inikan pula pesawat besar gedabak 777-200... Orang Islam tetap kena tipuuuuuu dari dulu, kini dan selamanya jika sentiasa kekurangan ilmu dan menganggap umat Islam yang lain bukan saudaranya....

    BalasPadam
  5. faham je lah bila terkait pulak individu yg sekali gus jadi kenalan,penyokong dan keluarga al Jubori,siapa agaknya yg bersimpati dgn dia?.entah-entah benda tu ada di D.G tadi saya ada tebaca pasal penduduk di Maldiv ada ternampak kapal terbang terbang rendah dekat dgn tempat mereka.

    BalasPadam