Khamis, 20 Mac 2014

MH 370 ~ Innanillah….!


Bagi kita umat Islam seharusnya menerima takdir ini dengan redha..! Walaupun belum lagi disahkan oleh mana mana pihak tapi menurut sumber ianya memang pesawat MH 370 yang telah dijumpai oleh pihak Australia tadi.

Soalnya Siapa? kenapa? bagaimana? bila? macam mana? mengapa? dan banyak lagi apa? apa? apa?

Pihak keluarga juga sudah diberitahu akan menerima taklimat khas pada malam ini.

Apa pun kita tunggu penemuan kotak hitam selepas ini..InsyaAllah.

Lu FIkir La Sendiri!!!


Sebuah pesawat peninjau jarak jauh P-3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia telah tiba dilokasi penemuan dua objek di Lautan Hindi yang disyaki serpihan pesawat milik Malaysia Airlines MH370m, kata Pengurus Besar, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

Tambahnya lagi, sebanyak tiga buah pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan tersebut termasuk sebuah pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand dan pesawat Poseidon P8 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Ekoran itu juga katanya, sebuah lagi pesawat Hercules C-130 milik Australia juga telah diarahkan oleh pihak berkuasa Australia untuk menjatuhkan pelampung penanda di lokasi berkenaan.

"Perkara utama yang mereka perlu lakukan ialah salah sebuah pesawat tersebut perlu meneliti serpihan berkenaan," katanya pakar penerbangan, Bill Waddock.

Pelampung itu akan menjadi penanda tempat penemuan dan menghantar data lokasi tempat berkenaan. - AGENSI

Dilaporkan juga…

Australian security expert Neil Fergus says if objects spotted by satellite off the coast of Perth are confirmed as belonging to MH370 then its location would rule out any possibility of a technical error.

Four aircraft were dispatched to an area within the southern search zone for the missing Malaysian Airlines plane on Thursday, Australian Prime Minister Tony Abbott announced.

Mr Fergus, who was Director of Intelligence for Sydney’s 2000 Olympics, told Australia's Channel 9 that a catastrophic malfunction on MH370 would mean the plane couldn’t have flown all the way to where the debris has been spotted.
New leads: Australian security expert Neil Fergus says if objects spotted by satellite off the coast of Perth are confirmed as belonging to MH370 then its location would rule out any possibility of a technical error
New leads: Australian security expert Neil Fergus says if objects spotted by satellite off the coast of Perth are confirmed as belonging to MH370 then its location would rule out any possibility of a technical error
A handout picture made available by the Australian Maritime Safety Authority (AMSA) on 20 March 2014 shows a map of the search area for missing Malaysia Airlines flight MH370 currently conducted by AMSA
A handout picture made available by the Australian Maritime Safety Authority (AMSA) on 20 March 2014 shows a map of the search area for missing Malaysia Airlines flight MH370 currently conducted by AMSA
An enlarged handout picture made available by the Australian Maritime Safety Authority (AMSA) on 20 March 2014 shows a map of the search area for missing Malaysia Airlines flight MH370 currently conducted by AMSA
An enlarged handout picture made available by the Australian Maritime Safety Authority (AMSA) on 20 March 2014 shows a map of the search area for missing Malaysia Airlines flight MH370 currently conducted by AMSA

Jika benar seperti yang didakwa..

MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-13 pada Khamis,  menyaksikan pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang. 


Terbaharu, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.

Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.
Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai ketulenan gambar tersebut.

Pesawat dan kapal telah dikerahkan untuk mengesahkan objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap kepada pemberita sebelum mesyuarat delegasi Australia di Hotel Sama - Sama di sini, beliau berkata maklumat itu merupakan petunjuk baru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang masuk hari ke-13 pada Khamis.

"Seperti yang saya telah lakukan dari hari pertama, kita mengikuti setiap perkembangan. Harap-harap ini merupakan satu perkembangan positif," kata beliau sambil menambah bahawa ia adalah terlalu awal untuk mengesahkan di mana serpihan itu ditemui.

Ditanya apa jenis serpihan telah dijumpai dan berapa lama ia akan mengambil masa untuk mengesahkan ia, Hishammuddin berkata: "Kita tidak akan tahu, pesawat dan kapal telah dikerahkan"

Kawasan carian untuk carian Australia telah dikurangkan kepada 300,000 kilometer persegi daripada 600,000 kilometer persegi.

"Seperti yang telah kita lakukan dengan imej daripada satelit China dan serpihan lain yang beberapa petunjuk lebih awal. Kami menggunakan format yang sama."

Hishammuddin enggan mendedahkan maklumat apa yang telah diberikan oleh kerajaan Australia.

Hari ini, Perdana Menteri AustraliaTony Abbotmemaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz24 meteryang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Dipihak keluarga…


Satu taklimat khas akan akan diadakan di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya pada malam ini kepada ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Selamat Omar, 60, iaitu bapa kepada Mohd. Khairul Amri, 29, yang merupakan penumpang pesawat MH370.

Bagaimanapun, Selamat tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai taklimat berkenaan dan pihak yang akan turut hadir di majlis itu nanti.

Menurut Selamat, penemuan dua objek yang dipercayai sebahagian dari pesawat tersebut oleh pihak pentadbiran Australia telah memberi harapan baharu kepada keluarga beliau dalam misi mencari dan menyelamat pesawat itu yang telah memasuki hari yang ke-13.

"Kita berterima kasih kepada pihak Australia dan kita masih menunggu kesahihan daripada mereka berkenaan penemuan yang terbaharu itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selamat berkata, walau apa pun berita yang akan diterima nanti, dia sekeluarga sudah sedia menerimanya dengan redha. - UTUSAN ONLINE

PM Australia sudah berucap di Parlimen Australia, PM Australia sudah menghubungi PM Malaysia, Menteri Pengangkutan mengakui penemuan ini merupakan penemuan yang paling baik. 

Tunggu PC jam 5.30 petang nanti

Al Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan