Khamis, 13 Mac 2014

Bodoh Lagi Membodohkan..!


Patut patut la kalau bodoh pun..! dalam dunia yang serba maju..! segala perkara dilakukan dengan kajian sains dan teknologi terkini jangan la kita menunjukkan kebodohan bangsa Melayu dan Umat Islam..!

Islam maju dan sentiasa segar disetiap zaman..! Umat Islam disaran dan dituntut untuk memajukan diri di dunia serta menimba kejayaan di akhirat kelak.

Islam agama syumul..! Islam adalah cara hidup..! Islam tak mengajar umatnya melakukan sesuatu yang mengarut..! kalau tak reti buat apa apa pun cukup la kita semua berdoa..! tak kan doa pun tak tahu.!

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa JAIS Hardi Mohd Sadali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.

Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau di sini malam Rabu.

Sepasukan 15 pegawai dan anggota daripada JAIS melakukan pemantauan di Anjung Tinjau selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam ini.

Pasukan penguat kuasa JAIS yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada 10.15 malam.

Tengah hari tadi, Ibrahim yang mendakwa "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji buah kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Pada Isnin lepas, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Hardi berkata jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Menteri Agama pun jangan jadi bodoh..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Jgn kaitkan perkara perkara khurafat dan tahyul dgn Islam. Tak de kena mengena. Apa yg dilakukan oleh org org yg mengaku Islam tidak semestinya dr ajaran Islam bahkan hari ini dpt dilihat bnyk yg bercanggah.

    BalasPadam
  2. TOK MOH BOIENG SAID;
    APASAL BUAT KAT KLIA...CARI LERR TEMPAT LAIN...INI MACAM NAK PROMOSI JE...!! bikin malu campany je

    BalasPadam