Sabtu, 15 Mac 2014

MH370 ~ Sabotaj..?

Apakah benar ada unsur sabotaj?

Bukti daripada radar Tentera membayangkan kemungkinan pesawat MH370 yang hampir seminggu hilang, telah sengaja diterbangkan melintas Semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman, lapor Reuters yang memetik sumber yang biasa dengan penyiasatan itu hari ini.

Dua sumber tu iberkata sebuah pesawat yang tidak dikenali yang penyiasat percaya ialah MH370, telah mengikuti laluan di antara titik laluan penerbangan - yang menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan - ketika kali terakhir ia diplotkan pada radar tentera di luar pantai barat laut negara ini.

Plot terakhir pada radar tentera membayangkan kemungkinan pesawat itu terbang ke arah Kepulauan Andaman di India, yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Bengal, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, berdasarkan kiraan longitud dan latitud, yang membantu juruterbang sepanjang koridor udara.

Sumber ketiga yang biasa dengan penyiasatan itu berkata persoalannya semakin tertumpu kepada teori bahawa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat itu telah sengaja mengubah haluan penerbangan, yang membawa 239 orang, beratus-ratus kilometer melencong dari kursus destinasi asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang kita boleh katakan ialah kemungkinan perbuatan sabotaj, dan begitu juga kemungkinan berlaku rampasan," kata sumber itu yang merupakan seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Ketiga-tiga sumber itu yang enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media dan kerana sensitiviti siasatan.

Pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang menjadi kontak rasmi maklumat mengenai penyiasatan itu, tidak membalas panggilan untuk mendapatkan komen.

Polis Malaysia sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat sama ada penumpang atau kru yang mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang mungkin dapat memberi petunjuk terhadap misteri itu, bersama-sama dengan kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj atau kegagalan mekanikal.

Komen oleh tiga sumber merupakan petunjuk jelas yang pertama bahawa perbuatan jenayah disyaki berlaku dan menjadi fokus siasatan berkaitan kehilangan Boeing 777 itu.

Hasil daripada bukti terbaru itu, sumber-sumber berkata, usaha mencari telah dipergiatkan lagi di Laut Andaman dan juga Lautan Hindi.

Dianggap misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan moden, tidak ada kesan pesawat atau mana-mana tanda bangkai kapal terbang itu yang ditemui walaupun usaha mencarinya membabitkan pasukan tentera laut dan pesawat tentera pelbagai negara.

Kali terakhir pesawat itu dilihat skrin radar awam ialah sebelum jam 1.30 pagi Sabtu waktu Malaysia, kurang satu jam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur, ketika ia terbang ke arah timur laut melintas muara Teluk Thailand.

Sementara itu didalam PC petang semalam


SEPANG: Juruterbang berhak mempunyai hobi masing-masing termasuk memiliki simulator penerbangan di kediaman, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.
"Bagi juruterbang, mereka bebas mempunyai hobi masing-masing...mempunyai simulator di rumah sendiri," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan kehilangan pesawat MAS MH370 di sini, Jumaat.
Beberapa media tempatan dan asing melaporkan dengan memetik gambar daripada laman sosial Facebook milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang menunjukkan juruterbang itu mempunyai simulator penerbangan sendiri di rumahnya di Shah Alam.
Ahmad Jauhari berkata, siasatan secara terperinci ke atas juruterbang tersebut  hanya akan dilakukan jika terdapat petunjuk tertentu.
Jelasnya MAS masih lagi meneliti kesemua senarai krew penerbangan dan penumpang pesawat MH370 itu sebelum memulakan sebarang siasatan terperinci.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kemudian menjelaskan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas simulator tersebut belum lagi dilakukan. 
"Kami tidak dapat jawab soalan mengenai perkara itu sehingga mereka pergi ke rumah itu untuk melihat simulator.
"Polis belum pergi ke rumah itu...belum memeriksanya...tetapi siasatan ke atas juruterbang itu sedang dijalankan," katanya. 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan ke rumah juruterbang itu untuk menemu bual anggota keluarga juruterbang tersebut, yang merupakan siasatan rutin untuk mencari sebarang petunjuk membabitkan aspek psikologi atau mental. 
Kapten Zaharie merupakan juruterbang berpengalaman kerana sudah berkhidmat lebih 30 tahun.
Cerita sebelum itu
Sistem komunikasi pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang dari radar awam Sabtu lalu mungkin sengaja dimatikan, demikian menurut laporan yang memetik penyiasat Amerika Syarikat.

Pegawai AS itu percaya dua sistem komunikasi penerbangan itu telah "dimatikan secara sistematik", menunjukkan bahawa kehilangannya mungkin tidak disebabkan oleh kegagalan lain, lapor ABC News.

"Mereka percaya, sistem pelaporan data, telah dimatikan pada jam 1.07 pagi. Transponder - yang menghantar maklumat lokasi dan ketinggian - ditutup pada jam 1.21 pagi ," kata laporan itu.

Sementara itu, Washington Post juga memetik sumber AS sebagai berkata seseorang dalam kokpit mungkin telah mematikan transponder dengan sengaja, sebelum meneruskan penerbangan.

"Hakikat bahawa pesawat moden itu mungkin menukar haluan pada masa yang sama transponder dimatikan, membayangkan orang lan mengambil alih kapal terbang itu, seperti penceroboh atau salah seorang juruterbang," kata seorang pegawai AS yang pakar mengenai insiden nahas udara.

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Pilot ni kan orang kuat PKR. Ini sebab kes Anwar masuk jel lah. Tak puas hati!!!

    BalasPadam
  2. Ya lah,, anwar xnyanyi pulak pesawat nk hilang dula sabah nk hilang dia nyanyi. Ramai yg mengesyaki anwar terlibat. Cuba wartawan tanya anwar apa ulasan beliau ttng kehilangan MH 370. Mana tahu anugerah tuhan ni boleh bg petunjuk.

    BalasPadam
  3. Sekarang, si CIA dan pakar Barat-Zionis lain, buat teori MAS mungkin dirampas kat tempat lain pula, dari Kepulauan Andaman di Bay of Bengal, ke Iran, Afghanistanlah dan mcm-macm lagi!

    Saya syaki ini cubaan nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA! Tapi sebelum ni CIA/Pentagon dah yakin MAS ‘terhempas’ di Lautan Hindi! Mereka dah PANIK tentang pendedahan Diego Garcia dlm insiden ini!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  4. Gi la siasat kat rumah dia mana tau kalau ada petunjuk. Lambat sangat kang petinjuk dihapuskan.

    BalasPadam